Selasa, Ogos 14, 2007

KAMI BUKAN PENGEMIS.


Ok, ini artikal dari seorang sahabat saya. Selamat membaca.



KAMI BUKAN PENGEMIS.


Oleh syafiq johntan.


Tiada siapa yang ingin dilahirkan ke dunia ini sebagai pengemis, dan tiada siapa minta dirinya menjadi pengemis. Bagi mereka yang hanya tahu menilai sesuatu
hanya dari satu sudut sahaja memang mudah membuat kesimpulan yang nagatif.


Pernahkah terdetik dihati pembaca mengapa kami jadi begini? Apakah faktor pendorong yang menyebabkan kami terpaksa melakukan kerja-kerja sedemikian?
Bagi mereka yang sempurna panca indra sememangnya tidak merasa apa yang kami rasai.


Pernahkah masyarakat terfikir untuk mendekati golongan oku penglihatan yang menjaja dari meja ke meja menjual tisu? Begitu jijik kah kami sehinggakan
tidak terdapat sedikit ruang untuk masyarakat mendekati kami?


Atau pun seseorang itu terpaksa menjadi seperti kami terlebih dahulu baru nak memahami erti hidup seperti kami?


bagi saya, oku penglihatan yang menjual tisu ini sudah melakukan apa yang terbaik. Kami tidak menadah tangan kosong dan sebaliknya tisu dijadikan tukaran
bagi wang yang diberikan kepada kami. Kalau zaman dahulu ini sama seperti sistem barter. Dimana sistem ini juga termasuk dalam bidang perniagaan. Bukannya
wang yang kami perolehi itu diambil secara percuma.


Mengapa begitu hipokrip, sudah semestinya si buta memerlukan seseorang untuk memimpin beliau ketika berjalan. Tak herankah kita bila melihat si buta
berjalan seorang diri tanpa melanggar atau tersentuh meja di sesebuah kedai? Tak perlu kita heran sekiranya penjual tisu ini berjalan berdua dengan orang
ncelik. Sepatutnya perkara sebegini tak perlu kita persoalkan, budak sekolah rendah pun faham, kalau akal kita waras, kita tahu logik atau tidak..


Atas tuntutan hidup yang kian mencabar, ditambah pula tidak mendapat tempat di bidang pekerjaan, apa salahnya golongan OKU penglihatan ini menjaual
tisu? Sekurang-kurangnya mereka tidak bergantung harap pada pihak midia untuk meneruskan kehidupan mereka seperti mana yang banyak tersiar di kaca tv
dewasa ini. dengan hanya memaparkan kesusahan serta kepayahan hidup. Sekali gus dijadikan bahan untuk meraih simpati para penonton, saya fikir perbuatan
sperti ini lagi mengemis.


Kenapa kita tidak pernah memandang pekerja menjual tisu ini oleh si buta sebagai sesuatu yang positif? Sekurang-kurangnya mereka berdikari mencari sumber
pendapatan yang halal dari titik peluh sendiri. Bukan mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan keadaan buta. Mereka pun ada maruah. Mereka
juga ada hati dan perasaan yang tahu membezakan yang baik dan buruk.


Semamangnya kegiatan menjual tisu ini banyak tertumpu di kedai-kedai makan atau di restoran-restoran. Tak kanlah kami nak menjaual tisu di padang bola
pulak? Kami pun tidak memaksa orang ramai untuk membeli barangan yang kami bawa. Keiklasan diri itu bukan pada perbuatan, sebaliknya lahir dari hati
norani kita. Kalau dah terlalu kerap dikunjungi oleh golongan penjual tisu ini, tidak susah untuk berkata "terima kasih tak apa" atau pun ungkapan
"lain kali" atau yang paling mudah hanya dengan mengangkat tangan untuk memberi isyarat tak nak kepada golongan ini.


Seringkali kita dengar orang mengatakan bahawa aktiviti orang buta menjual tisu ini di dalangi oleh sendikit. Walau bagai mana pun mereka masih gagal
membuktikan kesahihan dakwaan ini. Menuduh memang mudah, tapi kebenarannya belum pasti. Perlu di ingat, jangan main cakap jer. Tunjukan bukti.


Kami juga ada tanggungjawab, ada keluarga, ada anak isteri yang pelu kami beri makan. Takan kami perlu menunggu simpati orang datang ke rumah dengan
memberikan makanan? Kami perlu pekerjaan,, kami perlu wang, kami juga ingin hidup seperti anda semua nikmati sekarang ini.


Ramai orang berpendapat bahawa makan minum kami ditanggung oleh kerajaan, begitu juga tempat tinggal kami juga disediakan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya
pendapat itu tidak benar sama sekali.


Kami juga seperti anda semua. Tinggal dan menyewa rumah atau bilik yang kami tanggung sendiri. Makan pun tida bezanya, kita serupa semuanya di kedai.
Ini semua perlu wang. Siapa nak bayarkan untuk kami sekiranya kami tidak keluar untuk mencari rezeki? Bercakap memang mudah. Agaknya Warga Malam nak bayarkan
untuk kami yang ramai ini kot.


Sekiranya kami tidak dibenarkan menjual tisu di kedai-kedai makan, apa lagi pekerjaan yang kami boleh lakukan? Nak jadi pemandu mata tak nampak, nak
jadi pengawal keselamatan takut pencuri yang tolong jagakan. Bercucuk tanam? Itu sudah tidak relevan lagi dengan keadaan hidup dikota besar.


Kalau dulu bakul rotan yang kami anyam memang mendapat sambutan. Tapi kini bakul sampah pun dah ditukarkan dengan bakul plastik.


Hanya bidang urut saja yang masih ada, itu pun kami menghadapi lambakan tukang urut yang sentiasa bertambah dari tahun ke tahun sedangkan pelanggann
yang datang mengurt begitu kecil jumlahnya. Terkadang sampai lima hari berturut tidak mendapat pelanggan. Nak makan apa?


Kalau dulu alunan muzik dari pemuzik jalanan buta sering kali berkumandang di kaki-kaki lima atau di depan pusat-pusat membeli belah disekitar bandaraya
Kuala Lumpur, namun kini sudah berkurangan ekoran dari dihalang oleh pihak berkuasa kononnya ianya mencacatkan pemandangan dan akhirnya mahu tak mahu
kami terpaksa jugak menjual tisu.


Semua orang inginkan kemudahan, begitu jugak kami. Bukannya hidup mewah pun kalau seseorang itu memiliki telifon bimbit. Pada era sekarang telefon bimbit
merupakan keprluan yang memudahkan kami berkomunikasi.


Kebanyakan kami yang menjual tisu dari meja ke meja ini pernah bekerja dengan sektor swasta mahu pun bekas pekerja kilang. Kini perkhidmatan kami kurang
diperlukan. Kalau dulu kami diperlukan untuk menjawab panggilan sebagai telefonise, tapi khidmat kami telah digantikan dengan ansering mesin atau mesen
penjawab automatik yang sekali gus melenyapkan pekerjaan. kami. pihak kilang jugak kurang berminat mengambil kami bekerja. .dengan alasan pegerakan lambat
serta tidak mampu mencapai target yang dikehendaki sekali gus melenyapkan harapan kami.


Disektor kerajaan pun kami kurang mendapat tempat dalam bidang pekerjaan. Koata satu peratus yang diperuntukan kepada kami tidak disi sepenuhnya. Entah
apa silapnya kami pun tak tahu.


Jangan menyangka kami yang menjual tisu ini tidak mempunyai pendidikan. Kebanyakan kami adalah bekas penuntut sekolah pendidikan khas mahu pun pusat
latihan yang menyediakan kursus kemahiran. Tapi apa yang terjadi selepas itu semuanya bergantung kepada kami sendiri untuk meneruskan kehidupan. Belajar
setinggi mana pun kami atau kursus semahir mana pun sekirannya tiada peluang pekerjaan untuk kami akhirnya kami terpaksa juga menjual tisu.


Kami perlu pekerjaan. Kami perlu makan serta tempat tinggal. Seandainya kami terus dihalang untuk mencari rezeki, apa yang akan terjadi pada anak bini
kami? Tiadakah lagi sedikit ruang dibumi kuala lumpur ini untuk kami menumpang mencari rezeki? Kami bukan mahu wang yang berjuta-juta, atau projek yang
besar-besar cukuplah dengan sekadar memberikan sedikit ruang bagi kami mencari rezeki.


Seandainya kami ditahan oleh pihak berkuasa ekoran dari pekerjaan kami ini,dan ditempatkan dimana-mana rumah kebajikan, bagai mana pulak dengan anak
dan isteri kami. Bayangkan seorang ibu oku penglihatan ditahan sewaktu menjual tisu mempunyai anak yang masih menyusu, apakah tergamak kah kita memisahkan
mereka?apa kah yang terjadi pada mereka yang mempunyai anak yang ramai? siapa nak beri mereka makan sedangkan ayah dan ibu mereka ditahan?


Tiada lagi kah nilai kemanusiaan yang boleh dijadikan sempadan?


Walau pun setelah ditahan kami diberikan kursus pemulihan oleh pihak tertentu,namun sinarionya jugak akan sama setelah tamat pemulihan tersebut sekiranya
tiada pekerjaan untuk kami. Apa guna kemahiran kalau tidak dapat disalurkan?


Kenapa tidak pernah ditimbulkan soal penjaja buku mahupun penjual stoken dari meja ke meja sedangkan perbuatan itu lebih kurang sama macam penjual tisu?



Atau pun penjual cd cetak rompak yang menjaja cd dari meja ke meja dengan harga lima ringgit sedangkan masyarakat tahu perbuatan itu menyalahi undang-undang?
Mungkin jualan tersebut menguntungkan mereka kerana tidak perlu membayar dengan kos sebenar seperti membeli cd yang asli. bersubahat dengan perompak hak
cipta orang lain ini lebih keji dari pada membeli tisu yang dijual orang buta.. entahlah mana pergi dosa dan pahala.


Kami pun tidak mahu melakukan pekerjaan menjaja dari meja ke meja seumur hidup. bukan mudah bagi kami melakukan pekerjaan ini. Maruah terpaksa dipetaruhkan
demi sesuap nasi


Kami bukan pengemis. Kami juga bukan peminta sedekah. Kami hanya ingin mencari rezeki seperti mana masyarakat lain yang mendapat hak menikmati rezeki
yang terdapat di bumi Allah


Dakwan orang buta melayu sahaja yang menjual tisu dan sebaliknya orang buta cina lebih berdikari adalah tidak benar. Sudah semestinya orang cina akan
menjual tisu di kedai-kedai makan bangsanya sendiri dan begitu juga dengan kami. Takanlah kami nak masuk ke kedai-kedai cina yang terdapat minuman arak
dan makanan yang berasaskan daging babi pulak? Kami tahu halal dan haram. Lagi pun penulis sebelum ini sudah pasti melayu, paling tidak berugama islam
dan pasti makan di kedai mamak mahu pun kedai yang berstatus halal sebab itu sering kali terserempak dengan penjual tisu melayu..


Ekoran dari pendedahan media tentang pekerjaan kami, anak-anak kami sudah mula tidak mahu untuk ke sekolah. Mereka malu diejek serta dipersenda oleh
sesetengah guru kerna ibu bapanya menjual tisu.yang lebih memburukan keadaan gambar ibu bapa mereka terpampang di dada akhbar. Adil kah anak-anak kami
terhukum sedemikian?


Kami bukan pengemis. Tiadakah lagi cadangan serta perancangan yang lebih relevan serta mulia selain dari menyumbat kami ke dalam pusat Tahanan? Kenapa
tidak diadakan kempen kesedaran dikalangan sektor awam dan swasta serta pengusaha kilang yang besar-besar menerima OKU bekerja? Apa yang kami dapati hanyalah
cacian serta hinaan semata-mata.


Kami mahu keadilan. Keadilan menikmati hak sebagai rakyat Malaysia dan kami bukan pendatang asing. berikanlah kami hak yang sama seperti insan lain.



Walau pun fizikal kita berbeza namun di mata Allah kita serupa.


Lawatilah Blog saya di:
http://www.lampualadin.blogspot.com/


0 ulasan:





Arkit blog