Jumaat, Ogos 10, 2007

Streamyx ni leceh betoi


Amboi, cakap pasal streamyx ni, leceh betoi. Tak pernahnya sihat. Ada saja masalah yang berlaku.



Sekejap masalah kat situ, sekejap masalah kat sini. Tak pernahnya sihat. Inikah yang dikatakan perkhidmatan berkualiti? Bila ditanya di pusat perkhidmatan pelanggan, bermacam jawapan gila yang diberi. Orang tanya pasal streamyx yang terganggu, dia kata ok pulak. Takkah gila tu?



Jadi kepada pihak tm net, latihlah sikit pekerja-pekerja awak tu. Jangan main letak saja di pusat perkhidmatan pelanggan. Lepas tu, bila orang tanya, bermacam jawapan gila yang keluar. Takkah ini membuatkan pelanggan marah?



Kepada pak menteri, bagilah syarikat lain yang mengendalikan perkhidmatan internet ni. Inilah akibatnya kalau dah monopoli kesemuanya. Leceh betul.



Sekian.


0 ulasan:





Arkit blog