Selasa, Disember 11, 2007

Belajar membakar CD


Aha, baru-baru ini aku telah belajar membakar cakera padat dengan menggunakan komputer. Sebenarnya, aku sudah pun ada Penulis CD atau pun CD writer iaitu Nero Burning Rom. Tetapi, aku tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan perisian tersebut.



Aku memperolehi perisian tersebut serta penulis cd ini pada pertengahan tahun 2006. Dan pada masa itu, aku sudah mula bertanya pada rakan-rakan bagaimanakah cara untuk menjalankan perisian ini. Malangnya, mereka memberikan pelbagai cara.



Dan akhir sekali, aku bertanya pada seorang rakanku yang pakar dalam menjalankan perisian Nero Burning Rom. Akhirnya, aku telah berjaya membakar beberapa keping cd.



Aku berasa amat gembira sekali kerana telah berjaya menguasai perisian ini.


0 ulasan:





Arkit blog