Ahad, Disember 02, 2007

Suria FM, hidup pasti rancak


Aha, akhirnya terasmi jugalah siaran Suria Fm yang bertemakan Hidup Pasti Rancak. Siaran itu dirasmikan pada Sabtu, 24 November yang lalu. Di malam peraswmian, Suria FM telah membuat siaran langsung konsert dari Dataran Merdeka kalau tak salah akulah. Wah, begitu meriah dan hangat sekali konsert pada malam tersebut.



Banyak artis-artis yang mengambil bahagian di dalam konsert tersebut. Ini termasuklah juruhebah-juruhebah Suria FM sendiri.



Antara rancangan yang kuminat di Suria ni ialah lagu-lagu Dj Mix dari DJ Dimon yang disiarkan pada setiap malam Sabtu dari jam 10:00 malam hinggalah ke jam lebih kurang satu pagi. Ini kerana, banyak lagu techno dan ada juga terkadang, lagu dangdud.



Dan aku juga mendengar rancangan Suria 8-11 bersama Zhana pada tiap Isnin sampai Jumaat. Aha, khabarnya si Zhana ni suka pakai perfium. Biasalah orang perempuan.



Ramai kawan aku di Sarawak bertanya. Bilakah Suria akan sampai di Sarawak? Jawapannya hanya terletak pada siaran tersebut. Itulah jawapan yang telah aku berikan.


0 ulasan:





Arkit blog