Rabu, Disember 26, 2007

Lawatan ke Kuala Lumpur bahagian dua.


Ok, cerita ini bersambung lagi.


25 Disember.


Pada hari itu, aku ke rumah Ayana dan Yusuf. Sebelum pergi, aku dan Abian pergi bersarapan terlebih dahulu. kami bersarapan di sebuah gerai yang terletak berdekatan dengan Lido Hotel. Kami dibawa duduk di sebuah meja.


Di meja itu, seorang rakan buta iaitu E-teck rupanya sedang makan mi goreng. Jadi, aku pun pesanlah makanan. Aku makan sepinggan mi goreng dan juga nescafe O. Abian juga sama. Dan semasa makan itu, kami bersembanglah.


Selepas selesai makan, Abian makan pula kuih karipap sementara aku, dah tak makan dah. Maklumlah nak simpan untuk pergi makan di rumah Ayana tu nanti.


Selepas makan, kami pun, berangkatlah ke rumah Ayana. Kami berjalan kaki di pagi yang agak panas. Dan setelah kira-kira lima minit berjalan, maka sampailah kami di rumah Ayana.


"mari mari, ini gate tak kunci." Yusuf berkata Kami pun masuk dan duduklah di kerusi kusyen. kedengaran suara radio Sinar Fm. Rupanya, mereka sedang buka siaran sinar fm.


Sementara itu, Lin pula, sibuk membaca akhbar. Aku dan Abian duduk merehatkan diri sambil mendengar siaran Sinar Fm. Rupanya, si Zulkarnain pun ada sama.


Tidak lama kemudian, kedengaranlah orang datang. Rupanya, itu orang penghantar makanan sebab Ayana dan Yusuf pesankan makanan daripada mereka.


Sebelum suami-isteri itu pulang, Zul telah bertanya macammana nak ambik borang untuk jawatan kosong di RTM. Aku tak taulah butir-butir perbualan. Sebab aku asyik mendengar siaran Sinar FM.


Selepas berbual bicara, maka baliklah mereka. Dan tak lama kemudian, makanlah aku sepinggan bihun goreng. Kami makan tak duduk di meja. kami pegang mangkuk kat tangan dan makan. Tapi bihun goreng, pingganlah.


"Oi Ayana, aku nak tambah bolehkah?" Aku bertanya. "Hmm, leceh betoi budak ni." Abian berkata.


Sementara itu, Yusuf menelefon Rosmin. "Oi, hang buat apa?" "Ni Khai Eong dah mai, dia tunggu hang." "Ok ok." Itulah butir-butir percakapan Yusuf. Talian diputuskan.


Tidak lama kemudian, Rosmin pun tiba. Maka berbuallah kami dengan riuh-rendah seolah-olah itu rumah kami. Wah best o! Kami mengungkit kisah-kisah lama semasa di sekolah dahulu.


Selepas makan bihun goreng dua pinggan, aku makan pula roti jala. Ha, roti jala ni, aku makan sepinggan sahaja sebab aku takut kuah tertumpah ke lantai.


"Hang nak tau dak Khai Eong, orang cited ni kadang dia kalau guna komputer kita orang buta ni, dia tak boleh tulis o." Yusuf bercerita. "Ha yalah, sebab forn jaws tu." Aku menyokong. "Ha tulah." Yusuf menyampuk.


"Eh Yusuf, Yusuf, kenapa akak tak boleh nak tulis ha kat komputer ni." Tiba Lin pula bertanya. "Ha ha ha ha ha ha ha ha ha, baru kami dok cakap tadi," "akak dah kena." Sambil tergelak Yusuf berkata. "Manalah aku tahu." Jawab Lin selamba.


Selepas semua kerja dibereskan, Lin pun berangkat pulang sebab dia ada jemputan katanya. Jemputan apa tu, tak tau o aku.


Tidak lama kemudian, datanglah si ayam dan isterinya serta anak mereka iaitu Rifky. Wah, sudah tentu anak mereka dah agak besar sikit. Bila mereka masuk, mereka pun duduklah di kerusi kusyen yang tersedia. Mereka makan bihun goreng dan juga roti jala.


"Wey Ayana aku nak tanya sat." "Ada aiskrim dak?" Aku bertanya. "La hang ni, budak-budak tak mintak aiskrim, yang hang ni dah tua bangka nak mintak aiskrim pulak ha ha ha ha ha ha ha ha ha." Kata Rosmin sambil tergelak. "Ha, aku tanya jer." Aku menjawab ringkas.


Sementara itu, anak cik ayam sibuk bermain bola. Dia begitu lasak sekali. Ayana dan Zul takutlah nanti bola tu terkena makanan.


Aku menelefon kak Rosnah. "Tak taulah abang Syarif pergi ambil daging korban." "Tengoklah kalau cuaca elok, nanti akak pergilah." Beritahu kak Rosnah. "Hmm ok lah kak." Aku berkata ringkas.


Suasana di rumah Yusuf begitu riuh sekali dengan suara aku dan Rosmin yang terkuat. Dah macam pasar borong Selayang dah.


"Wey Yana, aku nak tambah bolehkah?" Aku berkata. "Ish ish hang nilah, leceh betoi." Abian berkata.


Aku menelefon kak Rosnah sekali lagi. Rupanya, abang Syarif masih belum pulang. Hmm tak apalah aku berkata. Kami terus makan dan bising.


Aku meminta air dari Ayana. "Wey Ayana, pasai apa air hang ni tak sejuk." Aku bertanya. "Ish budak ni, leceh betoilah dia ni.


Menjelang jam dua petang, Rosmin dan rakan-rakan mendengar siaran Astro Prima yang pada ketika itu, menayangkan filem P. Ramlee, Ibu Mertuaku. Aku pula, mengambil kesempatan untuk mengarang cerita lawatan ke Kl bahagian satu dengan menggunakan komputer Ayana untuk dihantar ke blogku dan komuniti.


Setelah aku berpenat-lelah menulis, semasa aku hendak add cerita itu ke blog, komputer dia hang pulak dah. Jadi, ini telah membuang masa aku saja menulis dengan agak panjang.


Menjelang jam empat petang, filem P. Ramlee dah habis. Tv ditutup dan Rosmin dan Zul dah nak pulang. Sementara kak Rosnah pula dah memang tak datang dah.


Tidak lama kemudian, hujan pun menurunkan diri mereka dengan begitu lebat sekali. Dan aku pula, sibuk mencuci komputer si Ayana ni. Amboi, dia punya desktop, sampai 56 items. Amboi, hebat betoi dia.


"Kasut sapa kat luaq tu?" "Sebelah hitam, sebelah biru." Kakak Ayana bertanya. "Ha, takkan kasut aku kot." Yusuf bertanya. Dia pun menelefon Abian.


"Bian, cuba hang check tengok, kasut yang engkau pakai masa nak blik tadi, ada sebelah warna lain, sebelah warna lain tak." Yusuf berkata. Kemudian talian diputuskan.


Tidak lama kemudian, telefon Yusuf berbunyi. Rupanya memang ya Abian dah tertukar kasut.


Lebih kurang jam enam petang, aku menerima satu panggilan. "Hello Khai Eong," kedengaran satu suara menyapa. "Oh kak Rozi." Aku menjawab. "Malam ni akak datang ambil jam lapan ya"? Beritahu kak Rozi. "Ok, bila akak sampai di Kl Central nanti, akak beritahu atau call saya ya"? Aku berpesan. "Ok." Jawab kak Rozi rengkas.


Jam tujuh malam, aku sekali lagi menuliskan cerita bahagian satu perjalanan ke Kl. Dan kali ini, ianya berjaya update. Jadi, taklah membuang masa aku sekali lagi.


Lebih kurang jam tujuh setengah malam, aku mendengar siri kartun di tv3. Sepuluh minit kemudian, telefon aku berdering lagi. "Khai Eong, mummy kata lambat sikit boleh?" Kedengaran satu suara lembut bertanya. "Ha aa Reena boleh tak apa." Jawabku rengkas. "Ok bye." Reena berkata. "Bye." Aku membalas.


Sementara itu, aku terus mendengar siri kartun di tv3 sehinggalah menjelang jam lapan malam di mana ada siaran Buletin utama.


Beberapa minit kemudian, kak Rozi sekali lagi menelefon aku. "Khai Eong, rasanya, tak bolehlah malam ni sebab di Kelang, dah hujan terlampau lebat sangat." Kak Rozi menerangkan padaku situasi yang berlaku di Kelang dengan panjang lebar. "Ha tak apalah kak, kalau tak boleh, memang tak ada rezekilah." Aku membalas.


"Sebenarnya, ada kawan akak nak ikut." "Tapi amboi, hujan terlampau lebat sangat sampai akak tak boleh nak bawa kereta ni." Kak Rozi memberikan penerangannya.


"Jadi, malam esok boleh?" Kak Rozi bertanya. "Oh, boleh saja." Aku berkata. "Ha, cuba you dengar tu, hujan dah lebat sangat." "Si Reena pun dah up sad." "Nanti awak pujuk dia ya." Kata kak Rozi. "Oh gitu ya?" "Ha ok." Aku menjawab. Talian diputuskan.


Jadi pada malam itu, tak jadilah aku, Yusuf dan Ayana nak ke tepi laut di Kelang untuk makan makanan laut.


Bila rancangan sudah terbatal, aku dan Yusuf pun keluarlah makan di Kedai Ina bersama-sama dengan Zul dan Abian. Abian menukarkan semula seliparnya yang dia tersilap pakai semasa nak balik petang tadi.


Untuk kepastian, Zul meminta pelayan kedai Gini untuk melihat sekejap kasut yang dipakai oleh si Abian. "Gini gini, mari kejap." "Cuba tengok kejap kasut yang sebelah ni warna apa?" Pinta Zul. "Biru." Gini menjawab. "Yang sebelah lagi?" Zul bertanya. "Ha ha ha ha ha ha ha ha ha," Gini ketawa. "kenapa macamgini ni?" "Sebelah lagi hitam."


Selepas mendapat kepastian, kasut pun ditukar kembali.


Kami bersurai pada kira-kira jam 10:45 minit malam. Selepas aku balik ke bilik hotel, aku terus mandi, kemudian cas bateri dan aku buka siaran sinar fm. Aku tidur kira-kira jam 12:30 tengahari.


0 ulasan:





Arkit blog