Jumaat, Disember 28, 2007

Lawatan ke Kuala Lumpur bahagian tiga


Ok, sekarang, aku akan sambung lagi cerita ini.



Rabu 26 Disember.


Pada hari itu, Yusuf telah datang seawal jam lapan setengah pagi. Aku pun memberitahu Paul Keong yang Yusuf telah datang. Lalu, aku pun turun.



Sebelum datang, dia telah menelefon aku supaya aku dapatlah menunggu di luar pintu Hotel Lido. Aku menunggu di luar pintu hotel selama lebih kurang sepuluh. Apabila Joseph datang, kami pun pergilah ke kedai Yusuf Ali sebab aku teringin nak makan roti bakar.



Di sana, aku telah memesan roti bakar sebanyak enam set. Enam set duabelas keping. Pada mulanya, pelayan gerai itu agak terkejut dan tergamam apabila aku memesan enam set roti bakar. Tetapi akhirnya, dia pergi ambil juga. Yusuf pula memesan dua set roti bakar. Aku menyuruh pelayan itu supaya membubuh roti bakar itu dengan mentega atau pun Planta.



Beberapa minit kemudian, pelayan itu pun datanglah. Maka, terhidanglah makanan yang kami pesan itu. Yusuf hanya memesan dua set roti bakar, tapi si pelayan dah bagi empat set. Ah belasah sajalah.



Sambil kami makan, kami pun mengungkitlah kisah-kisah lama di zaman persekolahan. Agak seronok juga kami bercerita.



Tiba-tiba, telefon Yusuf berbunyi. Aku tidak dapat menangkap butir-butir perbualan si Yusuf itu. Apabila talian diputuskan, Yusuf memberitahu bahawa Abian yang menelefon sebab ada masalah dengan Talks Solaindy.



Selepas kami makan dan membayar, kami pun berangkat ke MAB. Kami berjalan agak lama untuk sampai ke sana.



Sesampainya di sana, aku dan Yusuf pergi ke tandas. Selepas keluar dari tandas, Yusuf menunjukkan aku pentas MAB. Tapi hari itu, pintu dewan berkunci. Kemudian, kami menaiki lif ke tingkat atas. Selepas itu, terus ke perpustakaan.



Apabila sampai di perpustakaan Abian sedang sibuk mengklebek Talks di telefon Solaindy sebab entah mengapa, Talks itu dah expired.



Sedang Yusuf sibuk memproses Talks Solaindy, aku pula meminta kalendar dari petugas MAB. "Akak, dia nak kalendar." Abian memberitahu. Akak itu memberitahu bahawa, hanya kalendar inggeris saja yang tinggal. Bm dah habis. Ah, tak kisahlah tu.



Tidak lama kemudian, aku pun dapatlah kalendar itu. Sementara Yusuf pula sedang sibuk proses Talks si Solaindy yang dah expired tu. Dia pun dah mula pening kepala dah. Sebabnya, Talks tu asyik nak expired.




Akhirnya, telefon itu terpaksa juga dibawa balik ke rumah. Maklumlah, dia kena uninstall dan install balik Talks itu.



Semasa dalam perjalanan pulang, Solaindy pun berbuallah dengan kami. Macam-macam topik yang diperbualkan.



"Eh Solai, apa pasal you tak mau kahwin?" Yusuf bertanya. "Ala, tak ada oranglah." Jawabnya rengkas. "Ala, you pergi carilah." Yusuf membalas. "Mana saya mau cari?" Tanyanya rengkas. "Eh, you carilah." "Banyaklah." Jawab Yusuf rengkas.



Tidak lama kemudian, sampailah kami di rumah Yusuf. Kami pun masuk dan duduk. Sementara Yusuf pula, telah naik ke atas untuk re-install semula Talks Solaindy itu.



Lebih kurang duapuluh minit kemudian, siaplah Talks itu diinstall. Sebelum Solaindy balik, dia telah meminta Yusuf mengajarnya cara untuk menghantar sms dan beberapa lagi. Selepas itu, dia pun balik.



Selepas dia balik, aku pun mulalah memproses komputer si Ayana. "Wey pungkok, hang jangan dok proses tak tentu hala." "Satni, rosak komputer aku, hang jaga." Ayana memberi amaran.



Maka, aku pun mulalah mencuci komputer Ayana yang penuh dengan sampah-sarap itu. Aku pun uninstall google tool bar dan buanglah segala registory key dia. Dan kemudian, aku pun restart komputer itu.



Elok-elok lepas restart, komputer dia sudah menjadi sewel. Dia asyik nak restart saja. "Oi cop, hang mai tengok sat apa dah jadi." Beritahuku. "Ha tudia, aku dah kata dah, mesti rosak dah ni." Ayana beleter.



Maka Yusuf pun datang untuk merawat komputer Ayana yang sudah bermasalah tak boleh nak start itu.



"Ha tudia, dia asyik dok restart." "Ni pasai apa dah ni." "Hang ni aku dah kata dah jangan dok main, hang tak mau dengaq." "Hang ni pungkok betoilah." Leter Ayana. Maka dengan menggunakan mata si Ayana, Yusuf pun memperbaiki komputer Ayana. Aku memerhatikan dari tepi. Sebab, aku pun nak tau jugak apa yang berlaku sebenarnya.



Dan akhirnya, ianya berjaya diperbaiki juga. Jadi, aku pun meneruskan kerja aku tu. Dan selepas siap semua, aku pun mengaranglah cerita lawatan ke Kl bahagian kedua.



Sementara itu, si Ayana pula, asyik berchatting saja. Dia menggunakan laptopnya untuk berchatting.



"Adoi, aku ni, sakit kepala ni." "Awatlah yang sakit kepala sangat ni tak tau." Rungut Ayana.



Dia terus berchat tanpa memperdulikan sakit kepalanya itu. Amboi, sakit betoilah kepala aku." Rungutnya lagi.



"Bang!" "Oh bang!" "Ha," Yusuf menjawab. "Mai urut sat kepala ni ha." "Sakit betoilah." Pinta Ayana.



Tiba waktu petang, aku menerima panggilan dari Kak Rozi. Dia memberitahu bahawa, pada malam ini, dia akan datang membawa aku dan Yusuf pergi makan kat Kelang. Aku menunggu dengan penuh sabar.



Lebih kurang jam enam petang, aku dan Yusuf pun makan bihun sup yang dibeli tengahari tadi. Sambil kami makan, sambil kami berbual kisah-kisah masa silam. Sungguh sedap bihun sup itu.



Semasa makan, hujan rintik-rintik sedang turun.



Selepas makan, aku dan Yusuf serta Ayana pun mulalah bersiap-siap supaya nanti kak Rozi datang, tak kelam-kabut.



Hujan semakin lebat. Wah, ini parah punya kes. Lebih kurang jam tujuh setengah malam, aku menyuruh Yusuf membuka siaran tv3 sebab aku nak mendengar siri kartun Detective Conan.



Hujan sudah semakin lebat. Telefonku berdering. Kak Rozi sudah menelefon. Dia bertanya padaku macammana nak datang ke rumah si Yusuf ni. Maka, aku pun menyerahkan pada si Yusuf untuk menerangkan macammanakah kak Rozi hendak datang ke rumah Yusuf ni.



Selepas itu, telefon pun diserahkan padaku semula. Hujan pula, sudah semakin lebat. Aku pula mendengar tv. Aku dan Yusuf sampai tertidur dek kerana mendengar tv.



Lebih kurang jam sembilan malam, Buletin utama sudah pun habis. Maka, hujan juga sudah selesai turun.



Tidak lama kemudian, telefon berdering lagi. "Hello Tai, ini kak Anis." "Sekarang ni, kami dah sampai depan Kentucky, jadi, nak belok ke mana?" Kak Anis bertanya. "Ok kak, ini kawan saya, dia akan bercerita." Beritahuku lalu aku menyerahkan telefon kepada Yusuf.



Apabila Yusuf menunjukkan jalan ke rumahnya, maka tak lama kemudian, sampailah mereka ke rumah.



Maka, dapatlah kami kenal-mengenali antara satu sama lain.



Rupanya, kereta sudah tidak muat. Jadi, Ayana tak dapatlah nak pergi. Jadi sekarang, hanya aku dan yusuf sahajalah yang pergi makan kat Kelang.



"Tai, mari masuk," "amboi, handsome-nya you." Kak Rozi memuji. Aku tersipu-sipu malu gitu.



Kereta kak Rozi agak besar juga. Best naik kereta dia. Dia memandu agak laju jugak. Itu perkara biasalah bagi aku.



Kelihatan anak kak Rozi si Awin, begitu gembira di hari raya gitu. "Ok, nanti, kita akan pergi makan makanan Vietnam." "Akak ingat nak bawa ke tepi pantai, tapi hujan, jadi tak bolehlah." Terang kak Rozi panjang lebar.



"Hmm, tak apa kak." "Mana-mana pun boleh saja." Aku menjawab rengkas. "Tai pernah makan makanan Vietnam?" Kak Rozi bertanya. "Tak pernahlah kak." Jawabku. "Ha, kalau tak pernah, nanti kita pergi makan." Kak Rozi menjawab.



"Kak, dalam kereta ni, ada berapa orang kak?" Yusuf bertanya. "Dalam kereta ni, ada enam orang," "anak akak dah dua orang, kawan akak sorang iaitu kak Anis dan kamu dua orang." Jelas kak Rozi. "Oh." Yusuf menjawab.



"Yang duduk tepi tu Syzawan." Beritahu kak Rozi. "Tai, kawan Tai tu nama apa?" Kak Rozi bertanya padaku. "Oh, namanya Yusuf kak." Beritahuku. "Oh jadi sekarang Yusuf kerja apa?" Kak Rozi memulakan temuramahnya. "Saya ni, cikgu kak." Yusuf menjawab. "Oh, kat sekolah mana tu?" Kak Rozi bertanya lagi. "Di sekolah Bibi Kananda." Yusuf menjawab pendek. "Oh, mengajar apa di sana"? Kak Rozi menyoal lagi. "Mengajar bm." "Sekolah tu mejoritinya melayu." Terang Yusuf. "Oh gitu." Jawab kak Rozi rengkas.



"Abang abang," "abang sekarang darjah berapa?" Yusuf bersembang pula dengan Syazwan. "Darjah enam." Jawab Syazwan tersipu-sipu malu gitu. "Oh jadi abang akan ambik peperiksaan UPSR?" Yusuf bertanya lagi. "Dah ambik." Syazwan menjawab. "Oh dah ambik." "Keputusan macammana?" Soal Yusuf lagi. "Bolehlah." Sekali lagi Syazwan menjawab dengan tersipu-sipu malu gitu. "Eh, bagi taulah dapat berapa, jangan malu." Yusuf berkata. "Ha ya, tak payahlah malu." Sokongku.



"Abang, cuti sekolah abang buat apa?" Yusuf bertanya lagi. "Memancing." Jawab Syazwan. "Pergi memancing dengan ayah?" Yusuf menyoal lagi seperti seorang wartawan. "Ya." Syazwan menjawab rengkas.



Kelihatan Awin sedang bergembira di hari raya gitu. "Semalam tak boleh keluar hujan." "Si Awin ni sampai marah-marah." "Tadi pun dia dah mula nak marah sebab dia kata, ni mesti tak jadi keluar sebab hujan." Cerita kak Rozi dengan panjang lebar. Awin hanya ketawa mendengar cerita panjang dari kak Rozi.



"Yusuf tinggal dengan siapa sekarang." Kak rozi menyoal. "Saya tinggal dengan isteri saya." Jawab Yusuf. "Oh dah beristeri." Kata kak Rozi. "Ya." Jawab Yusuf pendek. "Anak dah berapa?" Kak Rozi menyoal lagi. "Anak sorang, tinggal kat kampung." Yusuf bercerita.



Tidak lama kemudian, sampailah kami di tempat yang dituju. Kami pun turunlah dari kereta. Kami dibawa ke kedai makan tersebut. Amboi, kelas gitu. Macam airport lah pulak. "Ok sekarang, kita dah berada di SACC atau pun Shah Alam City Centre." Cerita kak Rozi kepada aku dan Yusuf dengan panjang lebar.



Kami dibawa ke tempat duduk. Kemudian, datanglah pelayan. Oh wow! Cantik sungguh pelayan kat kedai makan itu. Yalah, tempat prestage.



Ada banyak juga makanan yang dipesan. Tapi aku dah lupa nama makanan tersebut. Semuanya masakan vietnam.



"Ok, kedai ni, dah pernah masuk rancangan Jalan-jalan cari makan." Kak Rozi memberitahu aku dan Yusuf. "Oh gitu." Aku menjawab rengkas.



Aku terdengar lagu nyanyian Anwar Zain. "Wah lagu Anwar Zain." Aku berkata. "Anwar Zain tu sebenarnya, kawan akak." "Dia tu pramugara dulu." "Dan Anwar Zain ni, pernah cium Awin masa Awin kecik-kecik dulu." Kak Rozi bercerita dengan panjang lebar. "Amy Mastura akak kenal tak?" Aku bertanya. "Oh, itu kawan akak." Jawab kak Rozi rengkas.



"Tai, kalau kak Anis nak belajar komputer dengan Tai, Tai boleh ajar tak?" Kak Anis bertanya. "Oi, boleh saja kak." Jawabku rengkas dan padat. "Tapi kak, kena ada skype, barulah senang sikit nak ajar." Terangku.



"Anis ni, Tai kena ajar dia start dari mula." Terang kak Rozi. "Tak apa, boleh saja kak." Jawabku rengkas. Ha aku ni, kalau perempuan boleh saja ha ha ha.



"Untuk pengetahuan, Anis ni lawa dan cantik tau." Kak Rozi bercerita. Anis hanya ketawa. Begitu juga dengan Awin.



Makanan pun sampai. Yang aku paling suka ialah pisang digoreng dengan udang. Bila makanan dah sampai, aku pun apa lagi, bila makanan dah ada dalam pinggan, belasah sajalah macam selalu. Aku tak cover line punyalah. Macam selalulah aku makan. Buat apa nak berlakon-berlakon? Buat macam biasa sudah. Itulah aku.



Wah! Sedap dan lazat sekali makanan pada malam itu. Dan yang paling best, makanan itu, tidak pernah aku makan. Jadi aku pun, makan sepuasnya. Aku juga minum air lai chee kang dua cawan besar.



Malam itu, aku makan dengan lahap sekali. Aku dan Yusuf makan dengan tangan sahaja. Tak kisahlah sebab dia kata boleh makan dengan tangan, jadi belasah sajalah apa peduli kan?



Kemudian, kami makan nasi dan kari ayam. "Tai taknak basuh tangankah?" Kak Rozi bertanya. "Tak payah kot kak." Aku menjawab. "Heh mana boleh tak payah, pergilah basuh tangan." Kata Kak Rozi. Aku ketawa dan pergi membasuh tangan dibawa oleh Syazwan. Begitu juga dengan Yusuf. Dan semasa nak balik ke meja makan, Awin pula yang bawa aku.



Seperti biasa, aku makanlah dengan lahap sekali. "Kak kak, saya tak makan carrot lah kak." Beritahuku. "Oh Tai tak makan carrot ya," "nanti akak keluarkan." Beritahu kak Rozi. Maka carrot pun dikeluarkan dari nasi itu.



Makanan terakhir ialah Jelly. Aku makan tak habis jelly tu sebab dah kenyang sangat.



Semasa makan itu, Yusuf telah menunjukkan telefon yang ada software Talks kepada kak Rozi sekeluarga dan kak Anis. Mereka semua sangat teruja dengan kecanggihan teknologi khas bagi orang-orang buta.



Selepas makan, kak Anis dan kak Rozi menghilang. Entah mana mereka pergi, kami tak tau. Masa itu, terasa nak ke tandas. Tapi rupanya, tandas berkuncilah pulak.



Kak Rozi bercadang untuk membawa kami menikmati kek yang paling terkenal. Tapi sayang, kedai tu dah tutup. Jadi kami dibawa pusing-pusing di sekitar SACC.



Selepas itu, kami menaiki kereta dan terus pulang ke Brickfields. Semasa dalam perjalanan, aku telah dapat menikmati konsert katak. Yalah, baru lepas hujan. Dan tingkap kereta dibuka sekejap.



Kami sampai pada lebih kurang jam sebelas suku. Sebelum mereka beredar, mereka mengucapkan selamat kepada kami.



Aku masuk ke rumah yusuf dan duduk sebentar. Dan jam sebelas setengah malam, Yusuf pun membawa aku pulang ke tempat penginapanku.



Oleh kerana sangat letih, aku tidur jam duabelas setengah tengahmalam.



Ok, bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog