Selasa, Februari 12, 2008

kenangan di SRK St. Nicholas bahagian empat


Ok, sambung di bahagian empat.



Pada tahun 1982, satu kejadian telah berlaku di kolam renang St. Nicholas. Di mana, ada orang telah mati lemas di kolam yang dalamnya sembilan kaki itu. Akibat daripada tragedi itu, kolam renang St. Nicholas telah ditutup agak lama juga.



Semasa aku darjah duaC tahun 1983, aku telah dipindahkan semula ke asrama Waron. Sebab apa tu, aku tak tau. yusuf juga telah turut dipindahkan ke asrama Waron. Pada masa itu, Waron dijaga oleh Miss Lim dan Mrs. Rajan.



Dan di pertengahan tahun 1983, aku, Yusuf dan Fauzi Abdul Kadir telah ditempatkan di play-room. kami bertiga tinggal di sana. Tapi, masa ambik baju, kenalah datang ke waron. Play-room dan Waron cuma bersebelahan sahaja.



pada tahun itu juga aku telah bertemu dengan seorang pelajar baru iaitu Rosmin. "Nama apa?" Aku bertanya. "Rosmin." jawabnya perlahan. "Dari mana?" Aku bertanya. "Dari Sabah." Dia menjawab perlahan. Rosmin ni, memang seorang yang pendiam. Dia pemalu.



Pada tahun itu, alat muzik yang dipanggil Pianika mula popular. Miss Campos telah suruh aku pergi belajar bermain alat muzik tersebut. Jadi, aku kenalah keluarkan wang RM 50 untuk membeli alat tersebut. kenalah aku ke BSN untuk mengeluarkan wang itu.



Pada petang hari Khamis, Miss Lim telah membawa aku ke BSN yang berdekatan dengan St. Nicholas untuk mengeluarkan wang itu. Semasa pulang dari bank, dia membelikan aku beberapa bungkus keropok.



Tapi, belajar pianika tu, tak sampai ke mana pun. Akhirnya, tinggal gitu saja. Tak ke mana. membazirkan duit sajalah beli alat tu. Sampai sekarang, alat tu ada lagi.



Tahun 1984, aku naik darjah tiga. Kali ni, tigaC. Guru kelas ialah Mr. Gan. Aku telah datang pada petang Ahad. Tiba-tiba, aku dipanggil oleh Mrs. ilayes. Dia menyerahkan sepucuk surat padaku. Surat itu ditulis oleh Miss Campos. Dalam surat itu memberitahu bahawa aku dan beberapa orang pelajar yang tinggal di kawasan Pulau Pinang dan tanah besar tidak boleh lagi duduk di asrama St. Nicholas. kami harus berulang-alik. Dan kami ini dipanggil days caller. jadi, mulai tahun tersebut, aku sudah tidak lagi duduk di asrama St. Nicholas.



Mr. Gan ni, orangnya ok. Tapi masa dia mengajar, jangan bising. Nanti, dia akan suruh berdiri di depan kelas. Aku pernah kena. Satu period kena berdiri.




Guru bahasa inggeris ialah Mr. Rama. Dia ni, seorang guru yang garang tetapi berdidikasi.



Suatu hari, kelas tak ada guru. Semua bising bukan main. Tanpa kami sedari, Mr. Rama dah pun masuk dan memerhatikan kelaku kelayak kami. "All right, stand up!" Tiba-tiba dia berkata.



"Sekarang ini, you orang semua cakap sama cugu, siapa yang bising." "Kalau mengaku, cugu tak pukul." "Tapi kalau tak mengaku, nanti cugu pukul." "Cugu tau siapa yang bising." Beritahu Mr. Rama. Dan oleh kerana takut kena rotan, maka kami mengaku sajalah.



Satu lagi peristiwa telah berlaku di mana suatu hari, Mr. Rama tak masuk kelas. Sebabnya tak tahu. Tiba-tiba adalah seorang yang masuk ke kelas. jalan pun kasar macam apa entah. Lepas tu, siap dengan bau rokok lagi. Tapi, bunyi kasut tu, macam orang perempuan. Semua orang jadi diam dan tertanya-tanya.



"Ha, bila cikgu masuk, kamu mesti kata apa?" Tiba-tiba dia berkata. "Selamat pagi." Kami menjawab. "jadi, kenapa tak cakap?" Dia bertanya. kami ucaplah selamat pagi.



Selepas itu kami pun duduklah. Dan, barulah kami tahu, itu adalah cikgu Nafishah. Dia bawa si johari jalan keliling kelas sebab dia kata, Johari Zainun tu, badan dia bengkok.



Pada tahun itu jugak, kami pelajar darjah tiga telah dibawa berkelah di tepi pantai oleh Mr. Gan, Mr. Rama dan Mr. Chang. Guru kelas tiga R ialah Mr. Chang. Kami pergi pada penghujung tahun iaitu semasa cuti penggal tiga nak mula.



Di hari penyampaian hadiah, aku masih dapat tempat ketiga.



Bersambung


0 ulasan:





Arkit blog