Rabu, Februari 13, 2008

Kenangan di SRK St. Nicholas bahagian lima


Ok, bersambung lagi cerita di bahagian lima.



Pada tahun 1984 juga, satu acara hari terbuka telah diadakan oleh pihak St. Nicholas. Acara hari terbuka itu diadakan pada pertengahan tahun selama dua hari.



Di hari terbuka itu, aku dan beberapa orang rakanku telah ditugaskan untuk menulis kad kepada orang yang sudi menghulurkan derma. Kad itu ditulis dalam braile.



Hari terbuka itu dirasmikan oleh ketua menteri pada masa itu, Dr. Lim Chong Eu. Dan, aku juga, dapat berjabat tangan dengannya. Pada hari terbuka itu, banyak gerai-gerai jualan dibuka. Gerai pameran pun ada juga. Orang begitu ramai sekali yang datang. Sampai penuh perkarangan St. Nicholas itu.



Pada tahun itu juga, ibu gurubesar SRK St. Nicholas, Miss Campos telah meninggal dunia. jadi, ramailah para pelajar dan kakitangan St. Nicholas yang pergi melawat. Rumah Miss Campos juga terletak di dalam St. Nicholas iaitu berhampiran dengan cheaple. Masa upacara pengkebumian juga ramai orang yang hadir.



Semasa di darjah tiga, aku telah mengenali seorang rakan baruku iaitu Amir Samsudin. Beliau sebelum ini bersekolah biasa tetapi telah dihantar ke St. Nicholas kerana dah buta.



Pada 1985, aku kini sudah darjah empat. Aku darjah empatC. Murid yang di darjah tigaC secara automatik akan naik ke darjah empatC. Guru kelas kami ialah cikgu Abu Hassan. Guru bahasa inggeris ialah Miss Beh Sai Kim dan guru kelas muzik ialah Mrs. Lim. Mrs. Lim menjadi guru kelas muzik kami dari darjah tiga lagi.



Tapi, Amir Shamsudin yang semasa darjah tiga di kelas tigaR, kini telah berpindah ke darjah empatC. Entah apa sebabnya, aku sendiri pun tidak tahu.



Guru kelas darjah empat R ialah cikgu Nafishah. Dan di empatR adalah seorang pelajar cina yang baru masuk ke St. Nicholas. Namanya Ong Ooi Chai. Kami panggil Ah Chai.



Ah Chai ni, langsung tak tau cakap melayu. Maklumlah sebelum ini, dia sekolah cina. jadi, terpaksalah cikgu Nafishah ajar dia tulis bm dan kenalah dia belajar cakap bahasa melayu. Tapi, dek kerana ketekunannya, akhirnya dia dapat menguasai bahasa melayu dengan baik sekali.



Di darjah empat, kami belajar di bawah KBSR iaitu kokurikulem Baru Sekolah Rendah. Dan pelajaran yang aku tak lupa ialah pelajaran Alam dan Manusia yang menggantikan nama geografi. Mula-mula cikgu Abu yang ajar matapelajaran itu tetapi tidak lama kemudian, ianya digantikan oleh Mr. Lee Hock Seng.



Ada satu peristiwa di mana pada satu hari tu, seperti biasa kami pergi ke kelas empatR untuk matapelajaran kokurikulem. Untuk matapelajaran kokurikulem ni, dua kelas akan bergabung sekali.



Pada hari itu, cikgu Nafishah suruh kami berbalas pantun. kami pun, berbalas pantunlah dengan rancaknya. Masa tu pulak, bulan puasa. Mula-mula tu, memang best.



Tapi sampai satu ketika, seorang pelajar iaitu Kunavadi yang sekarang bernama Aina buat hal. Bila cikgu Nafishah suruh dia balas pantun, dia tak mau. Dia dah mula naik tocang. Cikgu Nafishah pun naik marahlah. "Kunavadi!" "Kalau aku bukak posa, aku tuduh hang!" Kata cikgu Nafishah dengan kuat. Dia kena tumbuk di dahi.



Semasa darjah empat juga kami telah menanam sebatang pokok tebu semasa matapelajaran kokurikulem. Pokok tebu itu tumbuh segar.



Si Amir ni pulak, selalu tulis salah. Dia mesti selalu kena tegur oleh cikgu Abu sebab tulis silap. Ada sekali tu, mood cikgu Abu tak baik. Amir pula tulis salah. "Amir ni, orang suruh tulis mentega dia tulis mente te pulak."



Semasa waktu rehat, kami akan tunggu pengawas datang bawa kami. Pengawas kelas kami ialah Rahmah Illah iaitu kakak kepada Noraini Illah. Bila dia datang bawa kami, si Noraini ni, mesti duduk depan sekali, lepas tu, kakak dia tu peganglah dia. kami akan ikut belakang macam kereta api.



Di darjah empat juga aku mendapat hadiah tempat ketiga masa penyampaian hadiah hujung tahun.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog