Khamis, Februari 14, 2008

Kenangan di SRK St. Nicholas bahagian enam


Bersambung di bahagian enam.



Semasa darjah empat, kami dibawa oleh cikgu Abu dan cikgu Nafishah ke supermarket Sun-rice yang terletak berhampiran dengan St. Nicholas. Kami kena bawa empat ringgit tiap seorang. Yalah, nak beli barang. Masa itu, bulan puasa. Aku masih ingat lagi aku beli gula-gula tik tek.



Tahun 1986 aku sudah darjah lima. LimaC. Guru kelas kali ini ialah cikgu Maznah. Maznah Binti Ramlee. Kelas limaC adalah kat tingkat atas yang terletak berhampiran dengan surau. Dan tahun itu, guru bahasa inggeris kami ialah Miss Beh Sai Kim dan guru kelas muzik ialah Brother Ogarsters.



Murid-murid yang naik ke darjah limaC adalah murid-murid kelas darjah empatC. Begitu juga dengan murid-murid kelas limaR. Dari kelas empatR. Guru kelas limaR ialah cikgu Nafishah. Dia ikut naik sekali. Guru bahasa inggeris mereka juga Miss Beh Sai Kim. Guru kelas muzik juga Brother Ogarsters.



Semasa darjah lima, ada satu rancangan di radio pendidikan yang akan kami dengar semasa matapelajaran kokurikulem pada setiap Isnin. Rancangan itu bernama "Dunia pendidikan." matapelajaran kokurikulem ni adalah selama satu jam dan dua kali seminggu iaitu Isnin dari jam sembilan suku hingga sepuluh suku pagi sementara Khamis dari jam lapan empat puluh lima pagi hingga sembilan empat puluh lima minit pagi.



Semasa darjah limalah kami selalu dapat makan dalam masa matapelajaran kokurikulem. Makan roti cecah dengan durian, pulut durian dan pelbagai lagilah. Wah seronok o.



Cikgu Nafishah ni kalau dia naik angin, memang semua orang takut. Ada sekali tu, masa matapelajaran kokurikulem. Entah apalah yang dia suruh anak murid kelasnya buat. Tapi, mereka semua tak buat.



Pada mulanya, dia ok saja. Siap boleh buat lawak lagi. Jadi mereka ni ingat, tak apalah sebab cikgu Nafishah tak kisah. Tiba-tiba cikgu Nafishah dah naik angin.



"mana dia bahan yang saya suruh kamu buat?" "Kamu tak buat no?" "Amboi, kamu berani main-main dengan saya no?" "Haslinda, kamu simpan kain yang kamu gunting tu, saya taknak tengok kain yang kamu gunting tu." "Nanti saya buang semua kain tu." Cikgu Nafishah berleter panjang.



Bila dia dah mula naik angin, kami semua menjadi senyap. Dan, apabila sampai waktu rehat, cikgu Maznah pun berkata dengan perlahan. "LimaC, balik kelas." kami pun baliklah. kami jalan perlahan-lahan sahaja. Sementara itu cikgu Nafishah masih terus berleter.



Pada 1986, sekali lagi St. Nicholas mengadakan hari terbuka. Dan aku sekali lagi menjadi tukang tulis kad braile kepada orang yang bagi derma. Kad tu diberi sebagai cenderamata.



Kami amat beruntung kerana kami tidak payah melalui peperiksaan penilaian untuk murid-murid darjah lima. Sebab apa tu, kami sendiri pun tak tahu. Itulah untungnya kami.



Pada tahun itu, kami telah pergi menghadiri acara hari tongkat putih di komtar. Aha, ini ada suatu peristiwa yang berlaku. Peristiwa ini telah membuatkan cikgu Nafishah naik radang sungguh-sungguh.



Semasa beliau sedang mengatur anak muridnya di dalam bas, adalah seorang pemuda yang masuk campur. "hang toksah dok campok, aku tau nak bagi anak murid aku dok tang mana." Cikgu Nafishah memberi amaran.



"Ala, biak pilah depa nak dok kat mana pun." "Tak apalah." Pemuda yang bernama Yasir itu cuba lagi nak campurtangan. Cikgu Nafishah dah mula angin satu badan.



"Aku dah kata, hang toksah dok masuk campok!" "Aku taulah nak bagi anak murid aku dok tang mana." Cikgu Nafishah menengking sambil meludah.



"Amboi, orang dah kata dah, toksah dok campok, toksah dok campok, ni dia nak campok jugak." "Aku taulah nak bagi anak murid aku dok tang mana pun yang hang dok pi masuk campok tu buat apa?" Cikgu Nafishah berleter panjang.



"Satni sapa kalau pi sana tak ikut peraturan, saya nak tinggai dia." "Biak pi kat dia." Cikgu Nafishah terus berleter. Suasana dalam bas menjadi begitu sunyi sekali. hanya suara cikgu Nafishah saja yang kedengaran sedang berleter dari mula perjalanan, sehinggalah sampai komtar. Dan masa balik, suasana ceria kembali.



Pada hari esoknya, cikgu Nafishah telah bertanya pada Mutalib tentang budak yang masuk campur semalam. "Dia ingat tak apa cikgu, tapi dia tak sangka pulak cikgu marah." Mutalib bercerita. "Yang saya ludah tu, kena diakah?" Tanya cikgu Nafishah." "Daklah kena kaki saya." Jawab Mutalib.



"Ha ha ha ha ha." Cikgu Nafishah gelak. "Saya marahlah pasai dia tiba-tiba nak masuk campok." "Orang taulah nak bagi dok tang mana pun." Beritahu cikgu Nafishah.



Pada penghujung, pelajar darjah lima telah dibawa pergi makan angin di Bukit Bendera. masa tu, pelajar-pelajar dari Sabah sudah pun balik. Jadi tak dapatlah mereka pergi. Guru yang ikut antaranya cikgu Maznah, Miss Beh dan cikgu Nafishah.



Apabila sampai di puncak bukit, kami dibawa ke satu tempat duduk. Di situ, kami pun duduklah. kami diberi bekal seorang sebungkus nasi lemak. Kami pun buka lalu makan.




Cikgu Nafishah datang meronda. Dia pun berhenti kat seorang rakanku iaitu Rashid. Rashid ni tembun o.



"Amboi Rashid, hang tengok tu, hang makan berselekeh, habeh kotok baju dan seluak hang." "Aku pukoi satni baru hang tau." "hang tengok, habeh kotok baju dan seluak hang dengan nasi." "Aku tak bawak hang mai pun tak apa." "Apalah hang ni." Leter cikgu Nafishah sambil menyapu-nyapu baju dan seluar si Rashid yang terkena nasi dan kari itu.



Bila tiba waktu tengahari, kami pun berangkat pulang. Kami sampai di St. Nicholas dah dekat nak dua petang dah kalau tak salah.



Di upacara penyampaian hadiah, aku sekali lagi mendapat hadiah tempat ketiga. Dapat buku. Kemudian, selepas hari penyampaian hadiah, aku datang lagi ke sekolah sehinggalah ke hari terakhir.



Dua hari sebelum cuti, Suriah kena rotan dengan cikgu Maznah. Semua ini gara-gara dia dan seorang lagi rakannya Sean Shesira pergi mencungkil sudut meja.



"Amboi Suriah, pasai apa hang buat macam tu ha?" "Hang ni, dah besa sangat dah." marah cikgu Maznah sambil merotan Suriah. Suriah hanya mendiamkan diri.



Pada hari terakhir aku datang ke sekolah. "Ni pasai apa mai lagi?" Cikgu Maznah bertanya. "yalah nak jumpa cikgu buat kali terakhir dah." Aku menjawab. Cikgu Maznah akan berhenti dari St. Nicholas.



Bersambung.


0 ulasan:





Arkit blog