skip to main | skip to sidebar

Oku Bercerita

UNTUK MENGISI MASA LAPANG SAHAJA

Rabu, Mei 07, 2008

Berani tapi takut

Dicatat oleh Tai di 8:12 PTG

Aha, semalam seorang penulis blog yang terkenal iaitu RPK dah kena jil.  Mau tak kena jilnya dia tulis cerita tak betoi depa kata.  Ha itulah pasai dia kena jil.  Tapi tak apalah dia ada lawyer untuk tolong dia.  Ok lah tu.


    Tapi, betulkah dia berani?  Pada pendapat akulah, dia berani setengah saja.  Yang selebihnya tu tak berani pun.  Ha, masa kes saman UUM kat dia tu, pasai apa tak bayaq?  Kalau dah berani, bayaqlah awat tak bayaq?


    Aha, tentulah orang kata, pasai dia tak salah.  Salah tak salah, kalau dah buat, mesti tanggunglah.  Dia kata demokrasi.  Ni demokrasilah.  Orang saman, bayaq saja toksahlah dok koyak buang surat-surat tu.  Ni dia koyak buang pulak.  Ni demokrasi apa pulak wey?


    ha ni kes dia tuduh TPM kat blog dia.  pasai apa bila polis mintak statement, dia tak mau bagi?kalau betoi dia berani, cakap saja apa yang perlu.  Kemukakan bukti-bukti sekali.  Kalau lagu tu, barulah berani, barulah anak jantan namanya.  Ini langsung tak bagi statement.  Lepas tu bila dah masuk jil, dia kata, dia pegang prinsip demokrasi.


    Satu lagi, kalau betoi dia berani, awat buat blog pakai web luak negeri?  Awat tak mau pakai domain Malaysia?  Nanti orang jawab, kang satni goverment tutup pulak.  kalau tutup, bukak hat lain.  Apa kisah?  Aku takdak duit pasai tu pakai blogspot.  Kalau aku ada duit, dah lama aku bukak blog pakai domain Malaysia lepaih tu tuleh saja apa aku berasa nak tuleh.  Bila kena saman, aku bayaq.  kena tangkap pihak berkuasa, aku bagi kerjasama.  Bila depa rampas komputer, aku beli lain.  ha lagu tu, barulah berani namanya.


    Tapi aku tak beranilah, aku takut satni kalau kena tangkap dan masuk jil pasai tuleh kat blog, keluak surathabak muka depan tudia, "Si buta pertama di Malaysia masuk penjara kerana menyiarkan artikal berunsur hasutan di laman blog."  Ha masa tu kacau o.  Satni imej si buta seluruh negara tercemar.  Leceh satni.


Ok artikal di bawah dipetik dari http://www.agendadaily.com/cms/contentPrint.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a&paging=0



Mudahnya nak jadi hero….





Berani buat berani tanggung

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan, pendakwaan terhadap pengendali laman Malaysia Today bukan merupakan usaha kerajaan hendak menyekat kebebasan blog.
Sebaliknya kata beliau, pendakwaan Raja Petra di mahkamah adalah merupakan satu proses undang-undang negara. "Ini bukan soal nak memerangi blog ataupun usaha kerajaan untuk menyekat kebebasan blog tapi pada masa yang sama mereka tidak kebal dairpad undang-undang," katanya di Mersing hari Rabu. Beliau berkata demikian kepada para pemberita ketika ditanya adakah tindakan pendakwaan terhadap Raja Petra merupakan usaha kerajaan untuk memerangi blog. Raja Petra hari Selasa dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya yang didakwa menghasut dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu. Menurut Najib, negara mempunyai undang-undang dan sekiranya undang-undang tersebut dilanggar sesiapa sahaja perlu sedia untuk menghadapi sebarang bentuk tindakan. – 7/5/2008

----------------------------------------

Mogok lapar pula...

Raja Petra Kamaruddin yang memilih untuk ditahan reman kerana tidak mahu membayar ikat jamin meneruskan usaha meraih simpati dengan melancarkan mogok lapar dan menolak makanan yang diberikan oleh pihak penjara kepadanya.
Selain itu, beliau juga dikatakan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun di penjara termasuk isteri dan para peguamnya. Perkara ini dimaklumkan oleh isterinya Marina Lee yang pergi ke penjara untuk menemui suaminya itu. – 7/5/2008

----------------------------------------

Mudahnya nak jadi hero….

Hanya mereka yang kena dapat merasanya.Apa lagi yang tak tentu pasal.

Sebab tu Kawan tak merasa keberatan sangat nak kata Raja Petra Kamaruddin tulis 'ikut suka mak bapak dia' semasa merujuk pada satu tuduhannya terhadap Agendadaily tidak lama dulu.

Kalau nak ikutkan memang boleh raya sakan melihat pengendali laman Malaysia Today ni kena gari di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari Selasa.

Namun bukan tujuan Kawan nak tumpang 'kencing' tengok rakan penulis yang nak kena berjawab di mahkamah.

Apa nak buat Raja Petra rasa ada hak nak tulis artikelnya Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib pun ada hak untuk merasa artikel itu mencemar imej dan maruah beliau.

Salah ke tak salah itu Kawan tak berani sentuh.Ini bab urusan mahkamah buat penentuan.

Pokok pangkalnya berani buat kena berani tanggong.

Namun Kawan masih ragu-ragu samaada Raja Petra kaki yang masuk kategori berani buat berani tanggong.

Dari apa yang Kawan dengar ramai juga rakan penulis yang berpendapat dia lebih condong pada kategori yang setakat berani buat …tapi kemudian lantaklah.

Bayangkan apa halnya kalau semua penulis bersikap begitu.

Apa yang jadi dalam kes artikelnya mengenai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nordin Kardi bertajuk 'Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya? dianggap sudah cukup kuat untuk dijadikan sandaran buat andaian itu.

Dalam kes itu Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkannya membayar RM2 juta.

Dari keputusan mahkamah itu nyata dia bersalah.Namun Raja Petra dengan penuh bangga menulis cerita dia buang semua surat saman peguam dalam tong sampah dan sanggup diistihar bangkrap dari membayar RM2 juta itu.

Dalam tuduhanya terhadap Agendadaily Raja Petra menyepi sampai kesudah setelah dituntut membuktikan apa yang ditulisnya.

Satu lagi dakwaannya terhadap Datuk Azim Zabidi.Dia mengambil taktik memperlekehkan saja surat dari peguam Bendahari UMNO Malaysia itu.

Ada lagi yang Kawan dengar merungut bila dituduh itu ini dalam laman webnya.

Biasanya ia tinggal setakat rungutan kerana merasa buang masa nak melayan.

"Lagipun kita jawap pun orang anggap kita salah….tak jawab pun dianggap salah' setelah dituduh dalam tulisannya.Itu antara cakap yang kerap berlegar.

Kata orang memang senang boleh hidup buat cara ' gila-gila ' macam Raja Petra.

Untuk meraih simpati pula tembak saja kata itu 'tindakan politik'.


Seronoknya sekalipun sudah terserlah gerak caranya …di penamat episod dia tetap dianggap sebagai hero.

Sebab itu Kawan dengar ada juga kawan-kawan rapatnya yang geleng kepala tersenyum mendengar drama Raja Petra tidak mahu bayar wang jamin dalam kes terbarunya ini.

Dia sanggup masuk penjara sementara tunggu wang kutipan dari orangramai RM5,000 cukup untuk menjaminnya.

Hebat memang hebat…Dah tu melangkah ke mahkamah diiringi oleh sebilangan YB.

Juga jangan lupa ada pasukan tujuh peguam tampil untuk membelanya.


Kawan: pemerhati gelagat manusia…



-----------------------------------


Raja Petra tidak mengaku bersalah...


Raja Petra Kamaruddin Selasa didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan ekoran artikelnya yang bertajuk ' Let's Send Altantuya's Murderers To Hell' yang disiarkan di laman itu pada 25 April lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mengaku salah di atas tuduhan berkenaan. Raja Petra diwakili oleh barisan tujuh peguam yang diketuai oleh Karpal Singh. Manakala pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hasan.

Di bawah akta tersebut, jika didapati bersalah, Raja Petra boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun dan atau denda tidak lebih RM5,000.

Mahkamah menetapkan perbicaraan kes berkenaan pada 6 hingga 10 Oktober 2008.

Terdahulu, Raja Petra hadir di mahkamah majistret Jalan Duta pada jam 9.20 pagi. Setelah menunggu kira-kira sejam beliau diarahkan pergi ke mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Hadir sama di mahkamah Jalan Duta tadi ialah orang kuat DAP Lim Kit Siang,ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar,Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.Raja Petra yang ditemui para wartawan kata beliau tidak gentar.Beliau juga mendakwa ini satu tindakan politik dan tiada apa-apa bukti terhadapnya.- 6/5/2008

-------------------------------------



Raja Petra didakwa di mahkamah pagi ini


Pengendali Malaysia Today, Raja Petra yang satu ketika dulu pernah mendakwa beliau kebal dari undang-undang Malaysia kerana laman webnya didaftarkan di luar negara diminta hadir ke mahkamah majistret di Jalan Duta,Kuala Lumpur jam 9.30 pagi ini.

Beliau dijangka akan didakwa di bawah Akta Hasutan dipercayai berkaitan dengan artikel bertajuk ' Let's Send Altantuya's Murderers To Hell' yang disiarkan di laman itu pada 25 April lalu.

Artikel berkenaan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu yang kesnya masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Petang Jumaat lalu Raja Petra telah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman setelah pada sebelah pagi beliau 'dikunjungi' enam pegawai polis di rumahnya di Sungai Buloh.

Ini bukan kali pertama Raja Petra dipanggil polis kerana tahun lalu beliau turut dipanggil memberi keterangan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap laman webnya yang dikatakan menyiarkan tulisan menghina Yang di-Pertuan Agong.

Pada waktu itu beliau mendakwa tidak boleh disentuh oleh undang-undang Malaysia kerana laman webnya didaftarkan di luar negara.

Terbaru bulan lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan Raja Peta membayar RM2 juta kepada plaintif pertama, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Nordin Kardi, dan RM2 juta lagi kepada plaintif kedua, UUM, berhubung penyiaran artikel bertajuk Dato Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?.

Dalam tulisanya mengulas kes itu Raja Petra mendakwa beliau bukan saja langsung tidak mempedulikan surat saman yang dihantar oleh peguam dan sebaliknya membuang kesemuanya dalam tong sampah.

Ekoran artikel 25 April ,pejabat Timbalan Perdana Menteri menerusi Setiausaha Akhbar beliau Datuk Tengku Sarifuddin Ahmad telah mengeluarkan kenyataan menafikan berbagai dakwaan yang terkandong dalamnya.

Namun Raja Petra masih menunjukkan sikapnya yang tak makan saman sekalipun artikel berkenaan boleh mencetuskan kesan negetif terhadap imej dan maruah Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau.

Beliau seolah masih menggangap dirinya boleh dan berhak menulis apa saja yang beliau suka tanpa mempedulikan batas dan etika kewartawanan yang antara biasanya melibatkan pengesahan sesuatu maklumat dan sebagainya sebelum ia disiarkan.

" My article is political. My blog is political. Najib is political. Altantuya is a political issue ," katanya kepada para wartawan mengenai hal berkenaan.- 5/5/2008


-------------------------------------------------

Artikel Malaysia Today mengenai Altantuya: Kenyataan pejabat Timbalan Perdana Menteri



Pejabat Timbalan Perdana Menteri telah menghantar satu kenyataan kepada pengendali laman web Malaysia Today untuk menafikan berbagai dakwaan dalam artikel di bawah tajuk " Let's Send Altantuya's Murderers To Hell" yang disiarkan di laman itu pada 25 April yang lalu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Sri Rosman Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Menurut kenyataan bertarikh 29 April yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.


Berikut ialah kenyataan penuh itu:

 

1. Saya ingin merujuk kepada rencana yang disiarkan pada laman web tuan di bawah tajuk " Let's Send Altantuya's Murderers To Hell" pada 25 April yang lalu. Untuk makluman pembaca laman web tuan, saya membuat kenyataan ini untuk menjelaskan perkara sebenar, memandangkan ada sindiran- sindiran dan juga komen-komen yang tidak berasas yang dilontarkan terhadap Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.

2. Artikel tersebut menuduh bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri dan isterinya ada kaitan dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia; bahawa kononnya Timbalan Perdana Menteri pernah menyokong permohonan visa wanita itu; bahawa kononnya rekod imigresen wanita itu telah sengaja dihapuskan dan kononnya ada gambar yang dirakamkan (menunjukkan Timbalan Perdana Menteri dan isterinya) bersama dengan wanita Mongolia itu. Kesemua kenyataan ini merupakan kenyataan padang-dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ianya fakta, dan menjelaskan pendirian pihak tuan, dengan menyebut " kami juga telah melaksanakan perbicaraan kami sendiri di mahkamah pendapat umum, dan kami telah mencapai keputusan kami sendiri."

3. Rencana berkenaan juga menggambarkan seolah-olah penyiasatan polis dalam kes ini penuh kelemahan dan kecacatan serta proses perundangan berkaitan kes ini juga dikompromi dengan tujuan menyembunyikan pesalah sebenar dalam kes itu. Gambaran ini pihak tuan nyatakan dengan ayat " show trial in the Kangaroo Court"dalam rencana terbabit.. Walaupun pada hakikatnya tuduhan-tuduhan dalam kes ini adalah tertakluk dalam bidang kuasa polis dan institusi kehakiman, Timbalan perdana Menteri berhak untuk mengulangi pendiriannya dalam "mahkamah pendapat umum' ini bahawa beliau tidak pernah kenal, malah tidak pernah bertemu dengan mangsa dalam kes bunuh ini. Maka segala tuduhan-tuduhan liar yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri , sama ada secara langsung atau secara sindiran, adalah tidak lain dan tidak bukan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik Timbalan Perdana Menteri pada mata rakyat Malaysia.

4. Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama "Najib Razak" tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti. Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan Razak dan Timbalan Perdana Menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan gambar rekaan yang terbukti palsu serta dibuat dan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua. Jika benar gambar seperti yang didakwa itu wujud, mengapakah ia tidak dibawa ke dalam perbicaraan kes bunuh itu sebagai bahan bukti? Apakah "gambar" yang ghaib itu hanya boleh dijadikan bukti dalam "mahkamah pandangan umum" yang disebut dalam rencana itu?

5. Butiran kes, mengenai penglibatan Razak Baginda dan dua anggota polis yang dituduh, akan terungkai sepenuhnya dalam perbicaraan kes ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya kes pembunuhan Altantuya ini pula bersangkut paut dengan pembelian kapal selam oleh Kerajaan Malaysia adalah tidak berasas sama sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan yang timbul sekitar kes ini lebih menarik.

6. Dato Sri Najib sekian lama menahan dan mengelak dari membuat sebarang kenyataan tentang kes ini kerana ia melibatkan tuduhan terhadap individu-individu yang beliau kenali. Sebarang kenyataan daripada beliau sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran atau dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah, memandangkan perbicaraan kes itu sedang berlangsung. Suka diingatkan di sini bahawa pernah berlaku dalam sejarah negara ini, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa apabila beliau cuba menutup penyiasatan salahlaku seksual terhadap dirinya.

7. Seperti yang dinyatakan sendiri oleh tuan dalam rencana itu, ada isu berkaitan "subjudice" dan penghinaan mahkamah, apabila membincangkan kes ini secara terbuka. Semua pihak, termasuk Dato Sri Najib, rakyat Malaysia, dan juga pelawat asing yang berada di Malaysia perlu menghormati undang-undang dan peraturan negara ini dan dalam konteks kes ini, menghormati undang-undang dan peraturan tersebut bermaksud tidak membuat pelbagai spekulasi atau kenyataan tentang kes yang sedang dibicarakan. Justeru, amatlah tidak adil tuduhan-tuduhan liar dan tidak berasas berkaitan perkara yang sebegitu serius dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap Timbalan Perdana Menteri bagi tujuan menjatuhkan maruahnya pada pandangan umum.

8. Dalam rencana tuan, ada disebut "hal ini bukan hal politik dan tidak harus diuruskan sebagai hal politik". Timbalan Perdana Menteri amat bersetuju dengan pandangan ini dan berpendapat bahawa kes ini perlu mendedahkan kebenaran, dan diselesaikan dengan seadil-adilnya. Namun begitu, jelas sekali ada pihak yang tidak berminat untuk mendapatkan pengadilan yang sebenar untuk Altantuya. Sebaliknya mereka hanya berminat dengan aspek politik kes Altantuya ini. Harapan saya agar pembaca-pembaca laman web tuan dapat membezakan antara apa yang benar, separuh benar, dan apa yang sebenarnya pembohongan dan penipuan yang nyata. Maklum sahajalah, seseorang ahli politik itu diadili di "mahkamah pandangan umum".

9. Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini, bahawa, memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Terima kasih.

Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad

Setiausaha Akhbar Kepada Timbalan Perdana Menteri

29 April 2008

--- end ---
 
Ni aku nak tanya, lagu nikah penulis yang kita nak bagi hormat?

   

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)




Arkit blog

  • ► 2006 (5)
    • Mei (5)
  • ► 2007 (56)
    • Jun (12)
    • Julai (13)
    • Ogos (6)
    • September (7)
    • Disember (18)
  • ▼ 2008 (244)
    • Januari (32)
    • Februari (20)
    • Mac (10)
    • April (21)
    • Mei (16)
    • Jun (10)
    • Julai (8)
    • Ogos (8)
    • September (16)
    • Oktober (36)
    • November (34)
    • Disember (33)
  • ► 2009 (259)
    • Januari (28)
    • Februari (58)
    • Mac (55)
    • April (29)
    • Mei (17)
    • Jun (20)
    • Julai (14)
    • Ogos (13)
    • September (8)
    • Oktober (7)
    • November (8)
    • Disember (2)
  • ► 2010 (66)
    • Januari (5)
    • Februari (2)
    • Mac (1)
    • April (13)
    • Mei (4)
    • Jun (2)
    • Julai (2)
    • Ogos (2)
    • September (12)
    • Oktober (3)
    • November (20)
  • ► 2011 (19)
    • Januari (7)
    • Februari (1)
    • April (2)
    • Mei (4)
    • Julai (4)
    • September (1)
  • ► 2012 (19)
    • Februari (3)
    • Mei (4)
    • September (1)
    • Oktober (6)
    • November (5)
  • ► 2013 (7)
    • Januari (2)
    • April (1)
    • Mei (1)
    • Jun (2)
    • Ogos (1)
  • ► 2014 (40)
    • April (1)
    • Mei (5)
    • Jun (5)
    • Julai (3)
    • Ogos (3)
    • September (7)
    • Oktober (5)
    • November (6)
    • Disember (5)
  • ► 2015 (33)
    • Januari (2)
    • Februari (3)
    • Mac (2)
    • April (6)
    • Mei (5)
    • Jun (5)
    • Julai (4)
    • Ogos (1)
    • Oktober (2)
    • November (1)
    • Disember (2)
  • ► 2016 (27)
    • Mac (10)
    • April (4)
    • Oktober (1)
    • November (5)
    • Disember (7)
  • ► 2017 (51)
    • Januari (4)
    • Februari (7)
    • Mac (8)
    • April (6)
    • Mei (5)
    • Jun (1)
    • Julai (3)
    • Ogos (3)
    • September (4)
    • November (6)
    • Disember (4)
  • ► 2018 (43)
    • Januari (6)
    • Februari (2)
    • Mac (4)
    • April (5)
    • Mei (2)
    • Jun (4)
    • Julai (4)
    • Ogos (8)
    • September (1)
    • November (4)
    • Disember (3)
  • ► 2019 (45)
    • Januari (4)
    • Februari (7)
    • Mac (2)
    • April (4)
    • Mei (6)
    • Jun (2)
    • Julai (6)
    • Ogos (6)
    • September (2)
    • Oktober (1)
    • November (4)
    • Disember (1)
  • ► 2020 (33)
    • Januari (2)
    • Februari (4)
    • Mac (2)
    • Julai (3)
    • Ogos (3)
    • September (4)
    • Oktober (8)
    • November (4)
    • Disember (3)
  • ► 2021 (31)
    • Januari (7)
    • Februari (4)
    • Mac (4)
    • April (4)
    • Mei (1)
    • Jun (2)
    • Julai (1)
    • Ogos (6)
    • November (2)
  • ► 2022 (7)
    • Januari (1)
    • Februari (3)
    • Mac (1)
    • April (1)
    • Julai (1)

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Payung Diraja

Payung Diraja

Keris Diraja

Keris Diraja

Ahli BPN


Pengikut

Pengunjung dari

Jumlah pengunjung

 
jumlah pengunjung

Mengenai Saya

Tai
Lihat profil lengkap saya
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Senarai Blog Saya

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner