Sabtu, Mei 10, 2008

Cerita sana sini


Pada dua hari yang lalu, aku telah menelefon kawan aku di Sarawak iaitu BB Khadijah. Sebenarnya, dah lama aku tidak menelefonnya sebab aku terlupa nombor telefonnya. Tapi nasib baiklah aku ada menyimpan nombor telefonnya dalam fail aku. Dan aku telefonlah dia pada dua hari yang lalu.



menurut BB, cikgu Yong ada bertanya, sama ada, aku ada menghantar sms atau tidak. Dia menjawab, tidak. Dia ada bertanya pada aku apa pasai dah lama tak telefon. Aku beritahu, aku terlupa nombor telefonnya dan nasib baiklah aku ada menyimpan nombor telefonnya dalam fail.



Pada dua hari yang lalu juga, aku ada cuba menelefon salah seorang pendengar THR yang dipanggil kak Ti di JB. Aku pun dial lah nombor yang aku ada. "hello, boleh cakap dengan kak Timah?" Aku bertanya seperti biasa. "Tak ada, tak ada, salah rumah." jawab suara di hujung gagang telefon. Aku meminta maaf dan meletakkan gagang telefon.



Oh, dah tukar nombor telefon kak Timah ni. Sekarang, mungkin kak Timah pun dah berpindah rumah agaknya. jadi nampaknya, tak dapatlah aku nak hubungi kak Timah lagi. Mungkin aku akan cuba hubungi Mira brutal di KL untuk bertanyakan nombor telefon baru kak Timah.



Rombongan SBM cawangan Pulau Pinang akan menghadiri mesyuarat agung dwi tahunan SBM di Kuala Lumpur dengan bas sewa khas. Ini kerana cawangan Pulau Pinang sudah lebih 45 orang khabarnya. jadi, sangat beruntunglah ahli cawangan Pulau Pinang. Dapatlah menjimatkan duit sikit untuk perbelanjaan pengangkutan.



Azman Rejab sudah pun dapat pakai internet setelah beberapa hari tidak dapat menggunakan internet akibat daripada kecurian kabel telefon di tempatnya. Dan setelah sepuluh hari tak dapat pakai internet, akhirnya Mohd Rosmadi Ibrahim juga, dah dapat pakai internet. Tapi masalah yang dihadapi beliau bukan akibat kecurian kabel telefon. masalah beliau adalah kerana talian telefon tempat beliau yang bermasalah.



Lagi tentang BGM. Khabarnya, satu bilik empat orang. Aku sebilik dengan Najeri Adnan atau jeruk, Swarn Singh dan Marzuki. Sementara Soon Eng atau Ah pek sebilik dengan Azrol Afendi, Lee Kaw Chai dan Ah Hong. Tapi nampak macam Ah Pek agak tidak bersetuju saja.



Khabar angin bertiup kencang kononnya saudara Jaafar Md Isa akan bertanding jawatan presiden SBM menentang presiden sekarang iaitu saudara Mah Hassan Omar. Dia nak merebut jawatan tersebut dengan alasan sokongan terhadap presiden sekarang dah menurun dan setengah daripada mereka yang menyokongnya sangat marah pada beliau.



Rosnah Ahmad pula kini dah pakai streamyx 4 MBPS pakej oku. Aku kata kat dia gatai. yalah, tak sabar nak tunggu. Dia mula-mula pakai 4 MBPS pakej normal. Tulah kaya sangat. Daripada buang duit ke situ, baik aku beli rumah kalau duit dah ada.


0 ulasan:





Arkit blog