Ahad, Jun 01, 2008

Cerita sana-sini

Wah, cerita-cerita minggu ni pun agak hebat jugak.

    Rabu 28 Mei, maka sahlah Mohd Ezam Mohd Noor masuk Umno.  Borang dia dah bagi kat Pak Lah.  Dia bayaq yuran RM 100.  Tu kira ahli seumur hidup media kata.  Wah, bertambahlah lagi ahli Umno.  Tahniahlah kat Umno.

 

    Tapi biasalah, adalah reaksi positif dan negetifnya.  Yalah, apa nak kata kan, tapi Ezam kenalah buktikan bahawa kemasukannya ke Umno adalah ikhlas untuk berjuang bersama-sama ahli Umno yang lain.  Buktikan bahawa apa yang digembar-gemburkan tentang kemasukan anda ke Umno adalah suatu muslihat adalah tidak benar dan karut semata-mata.  Dan, sentiasalah meminta petunjuk dan hidayah daripada tuhan yang maha esa.

 

    Tapi, kemasukan Ezam ni belum sah pasai MT belum lagi bermesyuarat dan membuat sebarang keputusan.  Pada Ezam, sentiasalah berdiri pada kebenaran.  kalau niat kita baik dan betul, jangan dok risaulah, tuhan akan tolong.

 

    Mai pulak Khamis, enam lagi orang bekas ahli PKR masuk Umno.  Aha, bertambahlah lagi ahli Umno.  Sekali lagi, tahniah diucapkan.

 

    Mai pulak petang Khamis, kedengaran ahli Umno bertelingkah.  hang kata kat aku, aku kata kat hang.  La, awat jadi macam budak-budak pulak ni?  kalau nak bergaduh bertengkak, toksahlah dok buat show kat media.  Buat malu kat orang ja mendedahkan masalah rumahtangga.

 

    Mai pulak Jumaat petang, ha ada cerita baru pulak.  Depa buat pulak blog Kisah Ezam

 

    Blog ni dok habak bagilah kisah-kisah Ezam masa dok jadi penentang Umno dulu.  Amboi, power dan brutal jugaklah dia ni masa tu.  Tak taulah pasai apa depa buat blog ni.  Kalau niatnya buruk, hanya tuhan yang dapat membalas perbuatan depa ni.

 

    Ha, itulah dia cerita politik.  Jom kita tengok cerita si buta pulak.

 

    Pada hari Rabu malam Khamis, aku, Fadzlin Hiezrie dan Azman Rejab serta Tok sidi bersembang di skype.  Masa tu, talian streamyx kat tempat aku ni, masih tak stabil lagi.  Tak taulah pasai apa.  Boring betoi.

 

    pada hari Khamis, Azman Rejab menelefonku.  Dia memberitahu bahawa kabel telefon kat tempatnya sekali lagi telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Jadi, tak dapatlah Azman tu memakai streamyx lagi.

 

    Pada pagi Jumaat, aku telah sempag berbual dengan cikgu Rashid dari kelantan.  Sudah agak lama tidak berbual dengan cikgu Rashid ni.  Katanya, anaknya yang pakai komputer.

 

    "Ha jadi ada apa-apa berita baru cikgu?"  Aku bertanya seperti seorang wartawan.  "Saya tak maulah cerita kat awak, nanti awak tulis kat blog, susah saya."  Beritahu cikgu Rashid berseloroh.  "Saya pun selalu baca blog awak."  Tambah cikgu Rashid.

 

    Kami berbual agak lama jugak.  Hari tu, talian sudah agak stabil sedikit.  Jadi, dapatlah berbual.

 

    Pada sebelah malamnya lebih kurang pukul sepuluh setengah malam, aku telah berbual dengan Hashim Ishak, kak Rosnah dan Fadzlin Hiezrie di skype.  Maka, berceritalah aku tentang talian streamyx kat tempatku itu.  "Mungkin sebab Penang diperintah oleh Pakatan Rakyat kot."  hashim berkata.  Suasana senyap seketika.  Hashim ketawa.  Begitu jugak aku.

 

    Kami tau, Rosnah dan Fadzlin tu penyokong pembangkang.  "Mungkin tiang dia punya pasai."  Aku berkata.  "Tiang dia tu."  Rosnah menyokong dengan cepat.

0 ulasan:





Arkit blog