Selasa, Disember 30, 2008

Nyaris terbakar.

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan 28 Disember, satu acara indoorgames telah diadakan di bangunan SBM cawangan Pulau Pinang di Lorong Inang 2 Bukit Mertajam.  menulis cerita teman penulis, banyak juga yang mai acara tu.

 

Aha, tetapi di sebalik indoorgames itu, ada sesuatu yang menarik telah berlaku.  Apakah yang berlaku?  Bangunan hampir terbakar akibat litar pintas.

 

menurut cerita teman penulis, pada hari tersebut, kesemua empat biji penghawa dingin telah dibuka serentak.  Akibat daripada penggunaan kuasa letrik yang berlebihan, ianya telah mencetuskan percikan api di suis utama.

 

Teman penulis telah ternampak kejadian itu.  Akibat percikan api itu, asap telah menyelubungi ruang tamu bangunan itu.  Teman penulis telah bertindak pantas pergi menutup semua suis letrik dan membuka semua tingkap yang terdapat di situ.

 

Tetapi, teman penulis agak kecewa dengan perangai si buta yang hadir pada hari tersebut.  Apa tidaknya, bila disuruh mereka lari, mereka boleh duduk dengan releks dan tenang.  penulis merasakan, si buta semua ni, dah tak sabar nak gol agaknya.  malah, ada yang boleh siap makan lagi tanpa memperdulikan apa yang telah berlaku.

 

Teman penulis telah berlari ke tingkat atas untuk mengarahkan mereka yang berada di atas supaya turun dan keluar dari bangunan itu buat sementara waktu.  “Kami sedang dok main.”  “Jangan kacau.”  Itulah yang depa kata kat dia.  Ha, dia pun tinggallah depa.  Mungkin mereka ni, tak sabar nak pergi kot.

 

Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak SBM supaya buat satu peruntukan khas kepada cawangan yang didapati ada penggunaan letrik yang kuat supaya mereka dapat menukar sistem wayaring di bangunan tersebut.  Contohnya SBM Pulau Pinang.  Bayangkan empat biji penghawa dingin dibuka serentak.  nasib baik kejadian litar pintas itu hanya percikan api.  Apa akan berlaku jika sekiranya berlaku letupan dan bangunan itu terbakar?

8 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam sejahtera...

Dari apa yang saudara ceritakan berkemungkinan pendawaian elektrik untuk sistem aircond telah lama dan sebab itu lah terjadi litar pintas. Jika dibuka serentak sebenarnya tak menjadi masalah kerana setiap satu control panel mempunyai fius/litar putusnya sendiri jika terjadi apa-apa hal. Ini bermakna sudah sampai masa pendawaian baru perlu dilakukan pada sistem aircond tersebut sebelum keadaan menjadi buruk.

Salam perjuangan...

Che Moq™ berkata...

Salam Sejahtera,

Nasib baik saudara selamat..kalau tidak sehangat api la jadinya..

Tai berkata...

ya, diharapkan mereka dapat berbuat sesuatu.

Tai berkata...

Saya tidak hadir ke sana pada hari tersebut.

rezqeen hill berkata...

Salam..

Kalo ade gambar lg menarik tu~ ;p

abe MIE 'TERJAH' berkata...

saudara penulis blog dan sahabat saya kasihi...

selamat tahun baru 2009..hadapilah dengan tabah rintangan dan cabaran yang mendatang...kuncinya sabar...

Tai berkata...

Gambar tu, tak adalah encik.

Tai berkata...

Ya, selamat tahun baru juga kepada encik.





Arkit blog