Selasa, Disember 30, 2008

Undang-undang cyber perlu diwujudkan sekarang

Semenjak akhir-akhir ini, ada individu sudah berani membuat blog semata-mata untuk menghina agama orang.  Ini terutamanya agama islam.  Semua ini berlaku dengan alasan, kebebasan bersuara.

 

Adakah menghina agama orang itu kebebasan bersuara namanya?  nampaknya, ada manusia yang langsung tidak matang di negara ini.  mereka melaung-laungkan kebebasan semata-mata untuk kepentingan diri dan tembolok mereka sahaja.  Mereka tidak memperdulikan perasaan orang lain sama sekali.

 

Penulis berpendapat, sudah tiba masanya sekarang pihak kerajaan mengwujudkan satu undang-undang khusus untuk mengawal kewujudan blog-blog yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral ini.  Pihak kerajaan tidak boleh lagi memberikan alasan kebebasan untuk menidakkan kewujudan undang-undang cyber ini.

 

Mungkin ada pihak-pihak yang berkepentingan yang akan menentang kewujudan undang-undang cyber ini.  Tetapi, ianya amat perlu untuk mengekang gejala-gejala yang tidak bermoral yang sedang berlaku sekarang.

 

Kerajaan harus ingat, mereka yang lantang menyuarakan kebebasan ini selalunya ada hasrat dan muslihat yang terselindung.  Pihak kerajaan harus ingat, bukan semua perkara boleh diberi kebebasan.  Sebab itu, manusia perlu beragama.  Untuk apa?  Supaya agama boleh mengatur kehidupan mereka.

 

Oleh itu, penulis menyeru supaya pihak kerajaan dengan tegas, mengwujudkan undang-undang cyber untuk mengekang kewujudan anasir-anasir yang langsung tidak bermoral ini.

0 ulasan:

Arkit blog