Sabtu, Januari 24, 2009

Kod varifikasi.

Sekarang ini, jika kita hendak mengwujudkan sesuatu e-mel, kita haruslah mendaftar kepada perkhidmatan e-mel tersebut seperti yahoo, hotmail dan juga gmail.  Dan, apabila di hujung pengisian borang, kita akan diminta mengisikan kod varifikasi yang terpapar di kekotak yang telah disediakan.

 

Bagimereka yang berpenglihatan, ianya amat mudah sekali.  mereka hanya perlu menyalin setiap perkataan atau objek yang tertera di kekotak yang tersedia.

 

namun bagi mereka yang buta macam penulis, ianya amat-amat menyukarkan sekali kerana, pembaca skrin tidak dapat membaca mahu pun mengenali varifikasi kod yang terpapar.  Dan, kami terpaksa meminta bantuan dari orang celik untuk mengisikan kod varifikasi tersebut.

 

Tetapi kini, dengan kacanggihan teknologi, permasalahan kod varifikasi ini telah dapat diatasi.  Apabila ingin membuat e-mel atau meninggalkan komen di blog atau gmail kelolaan google, telah tersedia kod varifikasi bersuara.  Anda juga, boleh mencubanya.

 

Apabila telah sampai ke penghujung proses pendaftaran e-mel atau anda ingin meninggalkan komen di blog kelolaan google, anda akan terjumpa satu arahan iaitu “dengar dan taipkan audio yang anda dengar.”  Ok, apabila kami enter di situ, maka keluarlah suara kod itu dan, dapatlah kami menyalin nombor yang diberikan.  Anda juga boleh mencubanya.  Hotmail juga ada menyediakan varifikasi audio ini.  Cuma yahoo sahaja yang tiada.  Penyedia perkhidmatan web internet di Malaysia juga tak ada menyediakan perkhidmatan ini.

2 ulasan:

Syed @ Don berkata...

kod varifikasi adalah sgt perlu utk membezakan samada yg menulis itu adalah tulisan manusia atau hanyalah dihasilkan oleh komputer melalui sistem2 yg menyusahkan atau juga dikenali sebagai virus. Bagaimanakah visual varification boleh berfungsi? komputer tidak melihat sebagai mana manusia. Utk mengenalpasti huruf, kedudukan huruf mestilah sekata supaya boleh dikenalpasti, oleh itu, kod varifikasi mempunyai huruf2 yg condong dan tidak sekata dimana mengikut teknologi yg ada di dunia, hanya manusia yg masih mampu menterjemahkan tulisan2 tidak sekata ini.

Tai berkata...

Ok, terima kasih atas penerangan yang telah encik berikan.





Arkit blog