Jumaat, Januari 23, 2009

Motosikal halang garisan kuning khas OKU

 


KUALA LUMPUR: Golongan cacat penglihatan sekitar kawasan Jalan Tun Sambanthan 4 dan Jalan Thambypillai, Brickfields di sini, kesal dengan sikap segelintir pengguna yang meletakkan kenderaan terutama motosikal di kemudahan 'guiding blok' yang dibina untuk panduan mereka ketika berjalan.

Pengguna orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan yang hanya ingin dikenali sebagai Rizat, 33, berkata pengguna kenderaan itu kadang-kadang bersikap mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kemudahan orang lain.

"Mereka tahu kami sentiasa menggunakan laluan pejalan kaki berkenaan, tapi masih kenderaan merentanginya.

"Ikutkan hati yang marah memang saya akan tolak saja motosikal yang menghalang dan bila mereka marah, saya tanya kembali siapa salah sebenarnya?" katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kebanyakan pengguna meletakkan kenderaan mereka sesuka hati tanpa menghiraukan garisan kuning disediakan untuk golongan OKU cacat penglihatan.

Rizat berkata, mereka seolah-olah tidak peka dengan keperluan laluan pejalan kaki berkenan kepada OKU cacat penglihatan.
 
Penulis berkata:  ya betul.  Depa letak ikut suka depa saja.  Tak kira tepi jalankah, tengah jalankah, main belasah saja.  Penulis sendiri pernah terlanggar beberapa buah motosikal tu.  Tolak bagi terbalik pun ada.
 
Jadi adalah diharapkan pihak berkuasa, dapatlah berbuat sesuatu untuk mengatasi kesemua permasalahan ini.

6 ulasan:

Taminsari berkata...

Salam sejahtera..sdr sedingin salju..yang pastinya rakyat Malaysia tidak diberi pendedahan tentang tanda-tanda atau simbol-simbol khas yang disediakan bagi golongan OKU..

Saya mendapat tahu akan simbol-simbol ini semasa saudara meminta saya carikan satu imej untuk profile saudara. Rupa-rupanya memang banyak dan saya dapati kebanyakkannya tidak terdapat dinegara ini..yang ada cuma simbol " kerusi handicap "..sepatutnya dilorong-lorong pejalan kaki, di lampu trafik, distesen bas dan keretapi ada tanda-tanda khas untuk OKU..
Mungkin tahap kesedaran masih rendah bagi masyarakat disini?

Tidak seperti di negara-negara Eropah , Amerika dan Jepun. Boleh dikatakan di Malaysia lorong-lorong pejalan kaki tidak mesra OKU..kalau adapun cuma sedikit sahaja dan boleh dikatakan rata-rata rakyat malaysia tidak menghormatinya. Sebab itu terjadi seperti apa yang diceritakan di dalam artikel ini. Mungkin kerajaan kena wartakan simbol-simbol khas untuk OKU didalam satu buku khas dan diedarkan kepada orang ramai.

Terima kasih

Tai berkata...

Ya encik, suatu cadangan yang bagus.

Admin berkata...

SELAMAT TAHUN BARU CINA....

Boleh no...

CaBaiKeRinG berkata...

kesian nya

memang tak dak tanggungjawab..

Tai berkata...

Oh, boleh saja encik.

Tai berkata...

Itulah masalahnya encik. Sesetengah tempat di Penang ada jugak lagu ni.





Arkit blog