Khamis, Januari 22, 2009

OKU dan pendakwaan kepentingan awam.

Artikal dari Buletin Prihatin.
 
 

PENDAKWAAN KEPENTINGAN AWAM atau Public Interest Litigation "PIL" dengan ungkapan mudah ialah satu prosiding yang memberi laluan kepada rakyat yang terjejas akibat tindakan pihak berkuasa. Mereka yang terjejas boleh membawa tindakan mahkamah terhadap mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan perintah sewajarnya sebagai memulihkan penjejasan yang dialami.

 

Dalam membincangkan Akta OKU 2008, tiada sebarang remedi atau penguatkuasa yang boleh diambil kepada mana-mana pihak sama ada pihak awam ataupun swasta jika berlaku sebarang pemecahan hak terhadap OKU. Seksyen 41 yang menghalang tindakan undang-undang terhadap kerajaan begitu bercanggah dengan Seksyen 42 yang memperuntukkan suatu kaedah bagi membawa kerajaan sebagai contohnya ke mahkamah. Percanggahan ini merupakan suatu yang amat prejudis kepada rakyat terutamanya OKU dalam menuntut haknya di sisi undang-undang.

 

Justeru, sebagai alternatif, PIL dilihat sebagai suatu kaedah untuk menguatkuasakan hak OKU yang digubal di bawah Akta 2008 tersebut. Sememangnya diakui, cabaran getir menunggu di hadapan bilamana PIL ingin diikhtiarkan.

 

Trend mahkamah masa lalu yang keberatan menggunakan PIL terhadap kerajaan merupakan antara cabaran utama yang perlu difikirkan. Apatah lagi dalam kebanyakan undang-undang yang digubal di negara ini memberikan perlindungan yang berlebihan kepada kerajaan untuk tidak dibawa ke mahkamah meskipun berlaku pemecahan hak.

 

Pun begitu, kita hendaklah berfikiran positif dan pro aktif. Prinsip keadilan asasi "natural justice" tidak boleh di kesampingkan terutamanya bilamana undang-undang digubal jelas tidak memperuntukkan penguatkuasaan kepada hak-hak yang diberi.

 

Sekian banyak kita dihamparkan kes-kes yang begitu prejudis terhadap Oku selama ini. Antaranya penafian untuk berkerja bilamana kita OKU. Masalah mendapatkan pendidikan sempurna bila kita OKU. Kita menghadapi kesukaran di tempat-tempat awam bilamana tiada infrastruktur asas untuk membantu kita sebagai OKU. Tentunya senarai ini hanya sebahagian kecil pemecahan hak yang berlaku di luar sana.

 

Dengan semangat mendaulatkan undang-undang yang didokong di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya hak-hak asasi yang dijamin kepada rakyat Malaysia, telah tiba waktunya untuk OKU dan mereka yang berkaitan bangkit dan bersatu suara bagi kehidupan yang lebih sejahtera dan dinamik.

 

Kepada ngo-ngo yang memperjuangkan OKU, selain bersatu dengan satu suara, suatu unit bagi advokasi wajar diwujudkan bagi mengumpul kes-kes pemecahan hak secara lebih teratur agar langkah seterusnya dapat dirancang.

 

Harus kita insaf jika tidak kita sendiri yang membantu kita, tiadalah orang lain yang akan lebih bersedia menghulurkan tangan untuk membantu. – 24 Muharam 1430H.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Badan2 yang berkaitan dengan OKU perlu berkerja dengan jujur dan ikhlas menolong golongan OKU. Barulah ada keberkatan dari Ilahi.
View Profile: Rantong

Tai berkata...

ya betul. Sokong apa yang encik cakapkan itu.

Jeepers Creepers berkata...

Setiap orang perlu bertanggungjawap menjaga OKU. Tak dengar lagi isu PR nak jaga kebajikan OKU.

Tai berkata...

ya benar. PR tak buat apa pun. menghasut saja pandai.

azlishukri berkata...

OKU kat malaysia susah nak cari kerja - walaupun pandai. kerajaan harus buat sesuatu.

Tai berkata...

Betul tu encik.





Arkit blog