Selasa, Januari 20, 2009

nama saja warga Malaysia. Tapi tak tau berbahasa kebangsaan.

Ada satu fenomena yang mungkin tidak diperasankan oleh kita semua.  Kalau kita melayari blog-blog yang ditulis oleh rakan-rakan melayu, bagus sebab mereka akan menulis dalam bahasa kebangsaan.  Tetapi, kalau kita melayari blog-blog warga negara kita Malaysia yang bukan melayu, adakah kita akan menjumpai artikal bahasa melayu?  Ya mungkin ada, tetapi sedikit.

Ini membayangkan seolah-olah orang malaysia yang bukan melayu ini tidak tahu menulis dalam bahasa kebangsaan.  Ini bukan soal parti politik.  Orang kerajaan yang bukan melayu pun, kalau blog mereka, sah mereka akan tulis dalam bahasa inggeris.

 

Ini seolah-olah menggambarkan mereka ini, langsung tidak mahir menulis dalam bahasa melayu.  Walhal, ianya adalah bahasa kebangsaan negara Malaysia.  Dan, kalau mereka yang bukan melayu ini memberi komen di blog berbahasa melayu, mereka mesti akan menggunakan bahasa inggeris.  Mereka ini seolah-olah memandang remeh dan enteng sahaja tentang penggunaan bahasa melayu.  mereka bolehlah diibaratkan sebagai warga negara yang langsung tidak patriotik.  Langsung tidak mencintai bahasa kebangsaan negara yang mereka tinggal.  Mereka lebih suka mengagung-agung dan mendewa-dewakan bahasa asing daripada bahasa kebangsaan ini.

 

Sepatutnya, pihak kerajaan dari dahulu lagi, perlu bertindak tegas tanpa berlembut dengan mereka yang langsung tidak patriotik ini.  Kita harus berasa malu kepada negara-negara jiran mereka yang begitu mencintai dan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara mereka.  Bukannya seperti sesetengah warga negara kita yang malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan negara.

 

Mulai sekarang, pihak kerajaan harus berbuat sesuatu untuk mengatasi ketidakfasihan orang malaysia berbahasa malaysia.  Ini amat-amat memalukan sekali.

18 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Assalamualaikum,

Indah khabar dari rupa. Itulah istilah yang paing cocok buat pembangkang terutamanya DAP yang kononnya memperjuangkan hak adil dan saksama semua kaum. Sebagai warga malaysia yang biasa, kita kagum dengan sebilangan rakyat kita yang telah berjaya dalam pelbagai bidang sehingga menempah nama di persada antarabangsa.

Bagaimanapun, kita cukup terkilan pada hakikatnya mereka cukup bermegah-megah dengan kebolehan mereka berbahasa inggeris, seolah-olah ia adalah satu cop mohor kepada kebijaksanaan mereka dalam berkomunikasi secara 'international'. Bangga sungguh sebilangan manusia yang lupa diri akan rentak dan budaya kita di malaysia ini.

DAP begitu sinonim dengan perjuangan semirip singapura. Bahasa kebangsaan yang diamalkan di sana adalah bahasa inggeris dan mandarin. Bahasa melayu? Mungkin ia sekadar layak digunakan di pasar-pasar basah ketika tawar menawar harga barangan yang dibeli.

BAHASA JIWA BANGSA. Tidak ada nilai dalam diri seseorang yang memperjuangkan hak semua kaum tanpa mengambil kira pentingnya penggunaan bahasa pengantaraan khususnya kepada bumiputra melayu yang mendominasi tanahair kita sekarang. Apakah bentuk kerajaan yang hendak ditubuhkan dengan mengamalkan penggunaan bahasa inggeris kepada rakyatnya secara meluas? Masihkah lagi kita ini dijajah?

CaBaiKeRinG berkata...

bohonglah kalau tak ada..

saya bukan melayu yang tulis guna bahasa melayu

nobisha seorang india yang tulis guna bahasa melayu..

cabaikering

abe MIE 'TERJAH' berkata...

laaa..ramai anak indo warga malaysia pun..ada anak myanmar warga malaysia...sama tu

Tai berkata...

Walau pun bahasa kebangsaan Singapura adalah melayu dan agama rasmi Singapura ialah islam, tapi, tiada maknanya semua itu bagi pemerintah mereka.

Tai berkata...

Encik, memang tidak dapat dinafikan ada. Tetapi, ianya boleh dibilang dengan jari. Saya melawat banyak blog bukan melayu, mejoritinya inggeris.

Tai berkata...

memang pun. Eh, pompuan Myanmar lawa oiii.

Jeepers Creepers berkata...

Saya sokong kenyataan ni. Ramai diantara rakyat malaysia bukan melayu kurang fasih berbahasa malaysia.

Tai berkata...

Ya betul. Dan mereka lebih berbangga dengan keinggerisan mereka. Alasan mereka, bahasa inggeris adalah bahasa ilmu. Inilah alasan yang mereka berikan semata-mata hendak mengenetepikan bahasa kebangsaan.

singamaraja berkata...

Salam

Jika ada sesiapa yang tinggal d Malaysia tidak mahu menggunakan bahasa Malaysia maka mereka tidak layak tinggal d nrgara ini

Harimau-Menaip berkata...

Tuan,

Saya tertanya juga, bagaimana orang kurang upaya penglihatan membaca dan menulis blog? Apa teknologinya?

Saya setuju dengan Tuan yang orang bukan Bumi kurang menulis blog di dalam bahasa Malaysia. Mungkin mereka kurang pandai atau sengaja memperlecehkan.

Namun, itu hak mereka kan?

Tai berkata...

Rasa amat kesal dengan sikap pemerintah yang terlalu berlembut dalam soal bahasa.

Tai berkata...

ya betul encik, itu hak mereka. Tapi, apakah mereka langsung tiada punya semangat patriotisme terhadap negara yang mereka diami? Apa mereka ini tidak punya kecintaan terhadap bahasa kebangsaan negara yang mereka tinggal dan lagi-lagi mengaku rakyat negara itu?

Unknown berkata...

Bahasa melayu wajib dipelajari oleh semua kaum. Namun begitu, orang Malaysia khususnya kaum melayu tidak fasih berbahasa inggeris. Dah tak fasih berbahasa inggeris, nak pula tunjuk lagak. itulah kita ada menglish kat sini.

Tanpa Nama berkata...

SAYA PERNAH BERTEGANG URAT DENGAN SEORANG CINA BERKENAAN BELIAU MELETAKKAN KERETA DIHADAPAN RUMAH SAYA, SEHINGGA SAMPAI DISATU TAHAP AYAH DAN IBU SAYA DTG KE RUMAH SAYA, SAYA PERLU "BOOK" DEPAN RUMAH SAYA TIGA MALAM BERTURUT2. BUKAN MASALAH BERAPA TEGANG URAT YANG SAYA NAK CERITAKAN, TETAPI TERDAPAT SUATU FRASA YANG KELUAR DARI MULUT CINA TERSEBUT KETIKA SAYA BERBICARA BAHASA MELAYU DENGAN BELIAU IAITU " I DONT KNOW HOW TO SPEAK MALAY!!" APA KEJADAHNYA. SAYA MASIH PERCAYA JATI DIRI KITA TIDAK AKAN HILANG WALAU SEMELAYU MANA KITA, SECINA MANA KITA, SEINDIA MANA KITA, HANYA DENGAN SEKADAR MEMAHAMI ORANG MALAYSIA BERKATA-KATA. SESUATU MESTI DILAKUKAN DENGAN MENGEMBALIKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA PADA TAHAP ASAS, WALAUPUN IANYA BUKAN MENJADI SUATU KEWAJIBAN MENGAMALKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. PERCAYA ATAU TIDAK MALAM ITU SAYA BERGADUH DALAM BAHASA INGGERIS DAN JIKA DIINGATKAN BALIK SAYA PUN TAK TAHU YANG SAYA BOLEH BERBAHASA INGGERIS DENGAN BAIK MALAM ITU!!!

REGARDS
BLACK PARIA

Tai berkata...

ha, pendapat encik, memang betul. Dia dah tak pandai b.i, bukan nak belajar, tapi nak mengada-ada.

Tai berkata...

Itulah saya kata, mereka ini, bangga sangat boleh berbahasa inggeris. Walhal, mereka tak tau, bm adalah bahasa kebangsaan. Nak belajar boleh.

Kepada si melayu pulak, dah tak tau b.i, jangan nak berlagak tau. Belajar, tapi, jangan menunjuk. Ini pun, satu penyakit jugak.

awang kata berkata...

Mereka ini tentunya masih tidak terdidik dalam kewarganegaraan. Walaupun mereka berpendidikan tinggi. Sebab itu mereka masih berbahasa asing.

Mereka sebenarnya berjiwa asing dan bukan berjiwa tempatan. Tidak hairanlah jika mereka masih dilihat sebagai orang asing di tanah air ini.

Kalau orang Malaysia tentunya berbudaya dan berbahasa Malaysia. Banyak pemimpin negara pun masih jahil dalam kewarganegaaan ini.

Hinggakan bercakap dan menulis pun tidak mahu dalam bahasa negara sendiri. Warga setia yang membela negara kah mereka ini.

Tai berkata...

ha ya. peminpin pun kalau wartawan tempatan tanya dalam english, amboi, bangganya dia bercerita. Sepak satni baru tau.





Arkit blog