Khamis, Januari 29, 2009

Laluan baru sukarkan OKU


utusan malaysia online 29 jan.

Laluan baru sukarkan OKU

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
kota@utusan.com.my

FAZLINAYANTI Mohd. Fadhil (tengah) dan Faizah Ahmad Bistamam mencuba laluan
baru bagi pejalan kaki di KL Sentral, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Laluan pejalan kaki dari KL Sentral ke Jalan Tun
Sambanthan merupakan antara kemudahan yang sibuk.

Ini kerana ia adalah satu-satunya laluan untuk mereka mendapatkan
perkhidmatan monorel dan juga bas awam bagi meneruskan perjalanan ke
destinasi yang dituju.

Pada waktu ini, laluan itu dilihat selesa untuk digunakan kerana luas dan
dekat berikutan ia dibina merentasi kawasan letak kereta.

Namun, kawasan letak kereta itu yang dinamakan Lot G akan dibangunkan tidak
lama lagi menyebabkan pengurusan KL Sentral terpaksa mengubah laluan pejalan
kaki itu.

Laluan yang baru itu bukan sahaja lebih jauh tetapi juga lebih sempit dan
antara golongan yang bakal berdepan dengan kesukaran ialah orang kurang
upaya
(OKU) yang cacat penglihatan.

Golongan cacat penglihatan memang ramai di kawasan itu kerana Persatuan
Orang Buta Malaysia berada tidak jauh dari kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dinding penghadang sudah mula dibina di
sekeliling Lot G dan laluan baru yang dilencongkan ke Jalan Stesen Sentral 3
akan mula digunakan pada 3 Februari ini.

Pengguna cacat penglihatan, Fazlinayanti Mohd. Fadhil, 24, adalah antara
mereka yang sering menggunakan laluan pejalan kaki di KL Sentral.

Ketika ditemui, dia berkata, laluan baru itu agak jauh dan dia juga
diberitahu yang laluan itu lebih sempit.

"Kami sangat berharap mendapat sedikit perhatian daripada pihak yang
bertanggungjawab kerana perubahan laluan ini memaksa kami berjalan lebih
jauh.

"Saya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan laluan baru ini tetapi amat
berharap mendapat bantuan daripada orang ramai kerana laluannya dikatakan
sempit
dan banyak penghadang," katanya.

Selain itu, dia juga berharap pihak KL Sentral dapat memastikan laluan baru
itu mempunyai permukaan yang rata bagi memudahkan golongan sepertinya.

Faizah Ahmad Bistamam, 23, yang memiliki nasib yang serupa dengan
Fazlinayanti juga memohon kerjasama pihak KL Sentral membantu sekiranya
golongan sepertinya
membiasakan diri dengan laluan baru itu.

"Saya diberitahu perubahan itu akan melalui laluan yang sempit sedangkan ia
digunakan oleh ramai orang sepanjang masa.

"Secara tidak langsung keadaan berasak-asak akan terjadi, ini akan
mengakibatkan kesukaran kepada kami dan mungkin menjadi mangsa penjenayah,"
katanya ketika
ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, laluan baru itu yang menuruni bukit juga boleh membahayakan
golongan sepertinya.

Ayob Muhammad, 26, yang sering membantu golongan itu menuju ke Jalan Tun
Sambanthan berharap pihak pengurusan KL Sentral dapat menyediakan kemudahan
lebih
selesa untuk golongan orang kurang upaya tersebut.

"Pengawasan terhadap mereka perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan KL
Sentral bagi mengelak daripada sebarang insiden yang tidak diingini.

"Ini kerana golongan seperti ini mudah diambil kesempatan oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab," katanya.

Dia juga meminta permukaan laluan itu diperbaiki supaya rata sepenuhnya
kerana dia sudah beberapa kali melihat orang buta terjatuh.

Selain itu, katanya, tempat meletak motosikal tidak seharusnya berhampiran
dengan laluan pejalan kaki itu kerana ia boleh menghalang dan menyempitkan
lagi
laluan itu.

"Tidak kurang juga ada segelintir pejalan kaki yang mementingkan diri
sendiri dengan tidak memberikan laluan kepada golongan OKU," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar, Razifah Rozali, 20, berkata, KL Sentral
harus menambah jumlah tangga yang menuju ke laluan pejalan kaki.

"Sekarang pun sudah terpaksa berhimpit dengan orang ramai yang bergegas
untuk turun berikutan ruang tangga yang sempit.

"Keadaan tentunya akan bertambah teruk apabila laluan pejalan kaki baru yang
lebih sempit itu mula digunakan kerana ia akan memperlahankan pergerakan
orang
ramai dari dalam bangunan terminal lagi.

"Saya juga risaukan soal keselamatan kerana keadaan berhimpit-himpit memberi
peluang kepada penjenayah terutama penyeluk saku melakukan kegiatan mereka,"
katanya.


sekian
yang benar
kakros
Selain kamera litar tertutup, katanya, pengawal keselamatan juga perlu
ditambah di kawasan tersebut.

2 ulasan:

amirul berkata...

Salam encik, Kita mengharap pihak kl sentral dan pihak yg berwajib lebih prihatin dan menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna buat OKU.

Tai berkata...

ya, diharap mereka cepat bertindak.





Arkit blog