Rabu, Januari 28, 2009

Motivasi - Cantas

Tiap kali fikiran negatif mula tumbuh di fikiran, kena cantas cepat-cepat. Jika tidak, nanti macam rumput lalang jadinya, makin meninggi, makin membanyak,
makin menyemak!.

Nak cantas fikiran negatif di fikiran kita hanya semudah seorang tukang kebun mencantas rumput dengan mesin atau dengan parang panjang saja. Bila rumput
dah dicantas, biasanya tukang kebun tu terus lupakan rumput lalang yang dah di cantas, lalu beralih pada kerja-kerja lain.

Begitu juga dengan fikiran negatif. Bila kita dah cantas lalu buang fikiran negatif tu dari kepala kita, perlu lupakan segera, tak perlu di ingat semula.

Sebab bila di ingat berulang-ulang, ia akan tumbuh semula, lepas tu jadi subur pula. Maka jadilah kita orang yang susah nak berubah kerana di fikiran kita
penuh dengan fikiran-fikiran negatif.

Orang yang berfikiran negatif ni, biasanya sibuk pasal hal orang tapi tak sibuk pasal diri sendiri terutama soal kemajuan hidupnya. Senang saja nak kenal
pasti diorang. Bila tutur katanya yang buruk-buruk penuh caci maki, perbuatannya menyakitkan hati dan perangainya menyusahkan sesiapa saja di sekelilingnya,
dah tentu dia orang yang berfikiran negatif.

Jika Anda bertemu orang yang berfikiran negatif, biasanya dia lebih banyak mengomen atau mengomplen pasal kerja Anda, apa yang Anda buat, hidup Anda dan
idea-idea Anda. ataupun, dia lebih banyak menceritakan tentang kehebatan-kehebatan dirinya secara melebih-lebih. Anda akan jadi tak selesa, kekadang panas
hati pun ada.

Bila dalam situasi camtu, cara paling baik berdepan dengan dia adalah dengan berdiam.

Mengapa? Dia akan buat apa saja supaya Anda marah dengan perbuatannya. Bila Anda dah marah, lagi dia suka! Tapi, bila Anda diam, tak lama selepas itu dia
akan berlalu pergi.

Orang-orang yang berfikiran negatif, gambaran tentang mereka perlu kita cantas dalam fikiran. Elakkan seboleh mungkin berfikir pasal mereka dan perbuatan
mereka, apatah lagi jika diiringi dengan emosi marah, geram atau sakit hati. Lebih baik fokus fikiran Anda pada matlamat nak memajukan diri.

Banyak berfikir pasal mereka membuat Anda berfikiran negatif serta merta. Kesannya, motivasi Anda menurun. Anda akan jadi kurang bersemangat dalam apa yang
Anda lakukan.

Gunakan tenaga mental Anda berfikir untuk mencetus kemajuan dalam hidup Anda sekarang ni. Usah sibuk berfikir pasal orang-orang yang suka menyakitkan hati
Anda. Cantas cepat-cepat fikiran sebegitu.

Ingat! Be positive all the way!

8 ulasan:

Cheguman berkata...

Setuju. Saya sedang mengumpulkan maklumat tentang pemikiran positif dan kreatif. Saya dapati orang yang kreatif bermula dengan berfikir positif.

Maaf, saya dapati penyokong parti pembangkang biasanya tidak begitu kreatif. (tapi pemimpin pembangkang biasanya kreatif).

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Permasalahan hari ini adalah, apabila rumput "negatif" sudah panjang, belum sempat dicantas, baja akan ditabur untuk menyuburkannya lagi. Sebaiknya, cantas sekali tangan yang menabur baja di sekekliling rumput-rumput "negatif" ini. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

amirul berkata...

Salam encik... sudah cuba cantas fikiran negatif ini... namun masih tumbuh kembali... camne nak buat tu?
thanks for article...

Tai berkata...

Ok, terima kasih encik.

Tai berkata...

Tak apa encik, cuba sedaya-upaya untuk buang yang negetif tu.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

Jangan cantas yang baik :-)

































Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Tai berkata...

Baik, terima kasih encik.

Tai berkata...

penyokong pembangkang sokong membuta-tuli. peminpin mereka kreatif sampai menggunakan penyokong mereka. Tulah yang hebat dan perlu kita ikut yang mana baik.





Arkit blog