Isnin, Januari 05, 2009

Sesi persekolahan bermula.

Aha, semalam 4 januari dan hari ini, 5 januari, maka bermulalah sesi persekolahan penggal 1 bagi tahun 2009.  maka akan timbullah pelbagai ragam kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan.  Ada yang menangis taknak pergi sekolah dan ada juga yang menangis nak pergi sekolah.  Aha, ada tu.

 

Penulis terkenang kembali zaman sekolah penulis.  maklumlah, penulis oku penglihatan.  penulis mula bersekolah pada tahun 1981 di St.  Nicholas.  Kakak penulis membawa penulis ke sekolah.  Sementara atuk penulis berasa sedih dan selalu menangis kerana bimbang akan penulis di sekolah.

 

Minggu pertama penulis di sekolah, penulis rasa tak seronok.  kenapa tu penulis sendiri pun tak tahu.  Dan, apabila minggu kedua, penulis ditempatkan di asrama Waron.  Asrama Waron ni menempatkan pelajar tadika, darjah 1, 2 dan 3.  Masa tu, penulis haram tak faham sepatah pun bahasa melayu.

 

Apabila terkenangkan masa persekolahan, kadang, lucu pun ada, sedih pun ada.  Lucu kerana melihatkan gelagat sendiri, sedih kerana, masa tersebut tidak akan kembali lagi.

 

Jadi, selamat menghantar anak-anak ke sekolah buat semua yang dah ada anak yang dah bersekolah.

2 ulasan:

Luth Textile berkata...

saya juga abang,
baru hantar adik ke sekolah pagi tadi..

Tai berkata...

Ha, tentu bermacam ragam kan?





Arkit blog