Isnin, Januari 05, 2009

Tahniah tv1

Di sini, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada pihak RTM kerana telah menjadikan saluran tv1 sebagai saluran berita.  Dengan pengkhususan ini, maka akan banyaklah berita-berita yang dapat disiarkan.  Tahniah sekali lagi.

 

Dan langkah RTM dan Kementerian penerangan ini juga, mereka yang tidak dapat menonton berita dari tv bernama akan dapat juga menonton berita dari siaran tv1 ini.

 

Baru-baru ini penulis ada menulis tentang siaran tv yang tidak mesra oku penglihatan.  Di sini juga penulis ingin mengucapkan tahniah kepada pihak tv1 kerana telah dapat memberitahu apakah program yang bakal disiarkan selepas sesuatu waktu siaran berita itu.  Dengan cara ini, kami oku penglihatan dapatlah mengetahui isi kandungan program yang akan disiarkan tersebut.  langkah tv1 ini harus dijadikan contoh oleh semua stesen telivisyen yang lain.

0 ulasan:





Arkit blog