Isnin, Februari 02, 2009

Ha, cerita gulalah pulak

Pada tahun lepas, ramai pakat bising pasai minyak naik harga sampai AS$140 lebih setong.  Ha, kemudian, kerajaan pun bertungkus-lumuslah menurunkan harga minyak.  Sikit punya siksakah?  api syukurlah pasai akhirnya, harga minyak mentah dengan automatiknya telah jatuh ke paras AS40 lebih saja la ni.  Syukurlah tu.

 

Aha, ni mai pulak bab cerita naik barang baru.  ha, Tok Shahril Samad kata, gula nak dinaikan harga.  Dengaq cerita, mungkin dua kupang lebih kot.Aiyo, mukalau gula naik bukankah, satni semua barang makan yang berasaskan gula pakat naik harga wey.  Ha, depa para peniaga, syioklah pasai dapat naikkan harga barang.  nak untung saja.  Tak pikiak langsung pasai masalah pengguna ni.  Dajai betoi.  Tapi bukan semualah no?  Tapi tulah pasai, dek pasai sorang dua buat dajai, habeh semua kena.

 

Tadi, dengaqlah siaran Suria FM.  Depa pun, bukak topik pasai gula.  ha, ada sorang pemanggil tu dok ceritalah yang kawan office dia ada yang beli gula simpan buat stok.  Alamak, ini kes kacau.  Boleh simpankah gula tu lama-lama tu oi?

 

Nilah sikap rakyat malaysia, asyik nak panik saja.  Bila hampa beli gula buat stok untuk simpanan, kankah satni peniaga akan ambik peluang nak naikkan harga gula tu?  Awat yang bodoh sangat tak pikiak?  Siapa untung bila semua ni berlaku?  Segelintir peniaga yang suka mentekedarah jugak yang untung.

 

Ada baiknya para pengguna toksah dok panik.  kalau kita dapati ada kenaikan harga gula, laporkan dengan segera kepada pihak yang berkuasa dan juga terus ke media dan pada siapa yang ada blog, bagi tau kedai mana yang naikkan harga barang supaya semua orang, toksah dok pi beli kat kedai dia tu.  Kan senang itu macam?  yang pi beli buat stok tu apa pasai?  Takkah bodoh tu?  Akai adakah?

 

Jadi kita mengharapkan agar pihak yang berkuasa, dapatlah memantau masalah gula ni pasai kerajaan tak bagi tau lagi keputusan sama ada nak naikkan harga gula atau pun tidak.

6 ulasan:

Syed @ Don berkata...

itulah masalah sejagat kita ni. Bukan kali pertama barang naik, setiap kali pun sama je.
Umum naik - orang panik - beli byk2 - stok tak cukup - peniaga "terpaksa" naikkan harga.

adoila. bila la nk berubah. hati perut sendiri je. harga makanan naik sbb minyak naik pun belum turun lagi, pasni naik sbb gula pulak.

Tai berkata...

Itulah masalahnya sekarang. naik tu pandai. kerajaan tak bagi signal lagi wah, naik dah. yang jadi mangsa, kitalah.

Pemuda UMNO Permatang Pauh berkata...

Sedingin Salju,

Saya rasa kerajaan patut tangguhkan dulu kenaikan harga dulu di pasaran. Berilah subsidi gula bagi menampung kenaikan harga gula. Buatlah mekanisma yang sepatutnya asalkan harga gula tidak naik dalam masa terdekat ini.

Bagi memastikan imej Barisan Nasional dan UMNO sebagai Kerajaan Rakyat dan Parti Rakyat maka perkara ini perlu diselesaikan oleh Datuk Shahrir Samad. Jangan biarkan rakyat menuduh kerajaan tidak prihatin dengan nasib rakyat apabila menaikkan harga gula.

Tai berkata...

Betuo betul betul. Kalau prihatin, tangguhlah. Ni tengah gawat tak kerja ni oiii.

amirul berkata...

Encik? Barangan yang naik semasa harga minyak naik pun belum reda... dah mai satu bala lagi... pasni makanan yg berasaskan gula pun akan naik antara 10~20sen? macamlah depa ini pakai 1kg gula buat seketul kueh mahupun segelas air? Malaysia oh Malaysia...:(

Tai berkata...

Itulah yang kita risaukan. Peniaga, biasalah, kerajaan baru kata saja, tak bagi apa-apa lagi arahan, dah memandai nak naikkan harga. Tapi kalau bab turun, buat-buat tak tau. ermacamlah alasan dibagi nanti.





Arkit blog