Isnin, Februari 02, 2009

Telefonis Air Asia yang tak mesra pengguna

ha, ni ada satu cerita dari teman penulis.  Beliau ni oku penglihatanlah.  Beliau bercerita tentang kerenah yang beliau hadapi setiap kali menelefon Air Asia.  Tak mesra langsung.

 

Beliau ada menelefon Air Asia untuk bertanyakan harga ke sesuatu distinasi.  Yalah, dia kata, kadang rakan sepejabat minta beliau tolong tanyakan tambang Air Asia ni.  Beliau kerja telefonis di BSKL.

 

Bila telefon ke sana dan bertanyakan hal ni, nak tau apa depa kat sana cakap?  “Cik cik dapatkan semua butir ni kat internet di web-site kami.”  Kawan penulis pun beritahulah yang kat meja dia tu tak ada komputer.  Dia jawab, “cik minta rakan tolong.”

 

Inikah mesra pelanggan?  Air Asia tidak sepatutnya bersikap sombong sebegini rupa.  janganlah mentang-mentang kerana tambang murah, sehingga tidak mahu melayan permintaan pemanggil yang bersusah-payah menghubungi anda.

 

Dan harus diingat, bukan semua orang ada komputer dan internet.  Dan kalau ada pun, mungkin mereka tak ada masa nak mencari laman sesawang Air Asia.  kalau mereka dah jumpa, buat apa lagi mereka bersusah payah nak hubungi Air Asia ni?  janganlah jadi bodoh sampai begitu sekali.

 

Penulis berasa, mungkin ramai yang rasa bosan dengan kerenah-kerenah telefonis Air Asia ni.  Air Asia pula, janganlah kejar duit semata, fikirlah cara untuk lebih mesra dengan pelanggan anda.

9 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Salam sedingin salju,

adakalanya, telefonis sebegini memang suka ambil mudah saja sebab mungkin mereka dah bosan melayan kerenah orang ramai.. iyelah, dah bosan!

Tapi itu tak sepatutnya dijadikan alasan sebab ia memang sudah periuk nasi mereka. Tugasnya MENJAWAB PANGGILAN DAN PERTANYAAN ORANG RAMAI. Itulah yang mereka ni tak sedar akan tanggunjawab yang harus dipikul.

Senang cakap. Kalau dah tak mampu dan tak minat lagi menjadi telefonis, lebih baik cari kerja lain yang lebih menenangkan fikiran. Tak payah nak penuhkan tempat, tutup peluang orang lain yang lebih berkelayakan.

p/s: Kawan suka kucing putih tu... heheh, rasa nak picit geram pun ada. Yang kuning kat banner tu kawan selalu jumpa kat sini suka naik kat meja makan masa orang tengah alpa dok tengok TV.

jebbat berkata...

Wahai saudaraku.

Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

"Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Daud].

Ya saudaraku...

Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa.

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!

Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT KELAK...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Berharap rakan saudara akan mencuba perkhidmatan penerbangan tambang murah yang lain seperti FireFly. Apabila sesebuah syarikat itu berasa dirinya amat diperlukan, pelanggan bukanlah lagi keutamaan malahan apakah polisi sebenar syarikat tersebut terhadap pelanggan OKU masih diragui.

Pemuda IKS pernah melalui kisah-kisah seperti ini terutamanya dengan Astro dan Streamyx. Mentanglah mereka memonopoli perkhidmatan yang disediakan, mereka melayan pelanggan mereka sesuka hati. Harga untuk setiap perkhidmatan turut tidak dipertimbangkan dan diletakkan sesuka hati memandangkan para pelanggan tidak mempunyai pilihan alternatif.

Jika perkara-perkara ini berterusan, isu kualiti perkhidmatan bukanlah isu keutamaan. Malahan soal keuntungan dan komersial menjadi titik fokus bagi syarikat-syarikat monopoli ini.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tai berkata...

ya ya. Betul. Streamyx tu pun sama. Sepuluh orang, sepuluh jawapan.

Jeepers Creepers berkata...

Biasalah mereka kadang kadang terlebih sudu dari kuah. Selain itu isu kakitangan awam yang bekerja dikaunter hadapan juga sering kedengaran.

ada diantaranya yang sombong, bersikap biadap terhadap pelanggan dan malas melayani pertanyaan pelanggan. Malah ada juga yang sanggup menengking warga tua dihadapan orang ramai.

walaupun aku belum pernah kena tapi aku tak akan mengalah kalau dihina dihadapan orang ramai. Sekali kalau aku terkena, sepuluh kali aku akan menjerit dihadapan mereka.

Kadang kadang hanya ini saja caranya untuk menyedarkan mereka.

Tai berkata...

Betul tu. Kadang depa yang di kaunter tu, boleh buat dak saja. Boleh buat selamba.

amirul berkata...

saya simpati dgn kawan encik yg dilayan begitu... tetapi jika diteliti secara mendalam... semua perkhidmatan xkiralah apapun... masing2 hanya mementingkan keuntungan berbanding dgn kualiti dan keutamaan pelanggan.

Tai berkata...

Itulah masalahnya. yang penting, duit masuk.

Tai berkata...

Oh, saya memang suka kucing.

Yalah berkenaan telefonis tu, kalau mereka tak suka, silakan beritahu, bolehlah para majikan tu gajikan orang lain.





Arkit blog