Jumaat, April 06, 2018

Pengumuman SBM 2 April 2018.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia
Pengumuman Mingguan 2 April, 2018

Salam bahagia daripada kami semua dari Ibu Pejabat.

Terdapat duabelas pengumuman baru pada minggu ini.  Satu dari Jawatankuasa pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK), tiga dari SBM Cawangan Pulau Pinang, tiga dari SBM Cawangan Perak, tiga dari SBM Kawasan Negeri Sembilan dan dua dari SBM Cawangan KL/Selangor.  Yang selebihnya adalah peringatan-peringatan atas permintaan.

Pengumuman Daripada Jawatankuasa pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti (JPWK)

SEMINAR Pemerkasaan Komuniti Pekerja Dan Usahawan OKU Penglihatan

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti SBM akan menganjurkan SEMINAR Pemerkasaan Komuniti Pekerja Dan Usahawan OKU Penglihatan Di Malaysia seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11-13 Mei 2018 (Jumaat hingga Ahad);
Masa: 3:00 petang 11 mei hingga 1:00 petang 13 Mei;
Tempat: Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur;
Yuran: RM50.00 seorang.

Seminar ini terbuka kepada ahli-ahli SBM sahaja.  Untuk tujuan pendaftaran, pertanyaan dan pembayaran yuran, sila hubungi Pn. Fadzilah binti Aziz di talian 013-3406511. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Mei 2018.


       Peringatan dari Ibu Pejabat dan Jawatankuasa Utama

Tarikh : 21 Mac 2018

Kepada Semua Ahli SBM


Tuan / Puan,
                          
NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SBM 2018 (EDISI KE-12)
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA (SBM)


Dengan segala hormatnya, notis adalah diberi bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan SBM 2018 (Edisi Ke-12) akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh: 29 Jun – 1 Julai 2018 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Tower Regency Hotel & Apartments
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-2086888
  
2. Mana-mana ahli SBM yang ingin menyertai Mesyuarat ini adalah dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM120.00 seorang. Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang.  Pendaftaran bolehlah dibuat melalui Pejabat Cawangan / Kawasan masing-masing.

3. Sejajar dengan Peraturan 8.8 – Perlembagaan SBM, mana-mana Ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan semasa Mesyuarat berkenaan hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 25 Mei 2018.

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

‘BERSATU MEMBAWA KEJAYAAN’

Yang benar
 
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

GARIS PANDUAN MENGHADIRI
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN SIRI KE-12
TAHUN 2018

1. Pendahuluan

Dokumen ini dikeluarkan setelah diluluskan di Mesyuarat Majlis Presiden  (SBM) Bil. 1/2018 pada 3 Mac 2018 untuk rujukan semua Ahli SBM dan diedarkan melalui pejabat Cawangan / Kawasan SBM.

2. Kelayakan Penyertaan

Semua Ahli Biasa SBM, Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) dan mereka yang mendapat kebenaran atau diundang adalah layak untuk menyertai perhimpunan dan Mesyuarat ini.

3. Tarikh Mesyuarat

Mesyuarat ini akan diadakan pada 29 Jun - 1 Julai 2018 dengan tarikh 29 Jun 2018 sebagai tarikh ketibaan dan “check in”. Kemudahan penginapan dan makanan akan disediakan mulai hari Jumaat, 29 Jun 2018, jam 4.30 petang hingga hari Ahad, 1 Julai 2018, jam 1.00 tengah hari.

4. Tempat dan Lokasi Mesyuarat

Mesyuarat ini akan diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Maklumat mengenai tempat mesyuarat boleh diperolehi dengan melayari lama sesawang www.towerregency.com.my

5. Pendaftaran

5.1 Kecuali  mereka  yang  dinyatakan  di  Perenggan  7,  Garis  Panduan  ini, semua Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu SBM (yang terpilih sahaja) yang berhasrat menyertai Mesyuarat ini hendaklah mendaftarkan penyertaannya melalui pejabat SBM Cawangan / Kawasan masing-masing. Pengerusi cawangan/kawasan seterusnya hendaklah menghantar senarai nama dan jantina peserta mesyuarat yang lengkap dengan pasangan dua (2) orang sebilik ke ibu pejabat SBM sebelum 25  Mei 2018 (Jumaat).  Pendaftaran peserta mesyuarat yang lewat dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

5.2 Semua ahli SBM yang telah berdaftar akan dirujuk sebagai ”peserta Mesyuarat”.

6. Yuran Pendaftaran

6.1 Yuran pendaftaran bagi seorang peserta mesyuarat (Ahli Biasa SBM dan Ahli Bersekutu SBM) ialah sebanyak RM120.00 seorang;

6.2 Manakala bagi bukan ahli/anak/pengiring pula dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM250.00 seorang; 

6.3 Yuran Pendaftaran bagi Ahli Jawatankuasa Cawangan/Kawasan SBM ialah sebanyak RM60.00 seorang; 

6.4 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad)  akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM50.00 seorang dengan disediakan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengah hari sahaja; 

6.5 Mana-mana  peserta  Mesyuarat  yang  menarik diri sebelum 25 Mei 2018  akan dikembalikan Yuran Pendaftarannya, manakala peserta yang  menarik diri selepas tarikh  berkenaan, yuran Pendaftarannya tidak akan  dikembalikan;

6.6 Sebarang penggantian penyertaan tidak dibenarkan berikutan penarikan diri seseorang peserta Mesyuarat dan Yuran Pendaftarannya tidak akan dikembalikan;

7. Pengecualian Yuran

Mereka yang dikecualikan dari membayar Yuran Pendaftaran ialah:-

7.1 Ahli Majlis Presiden;

7.2 Pegawai  /  staf  SBM  yang   dikehendaki   bertugas   sepanjang   tempoh mesyuarat; dan

7.3 Pembantu-pembantu    Mesyuarat    yang    dipilih    oleh     Jawatankuasa Penganjur untuk bertugas secara sepenuh masa.

8. Tambang

8.1 Tuntutan tambang adalah terhad kepada perjalanan ’interstate’ sahaja berdasarkan nilai tiket yang dikemukakan (tidak termasuk kelas pertama) atau nilai konsesi yang biasa diberikan oleh Syarikat-syarikat pengangkutan bas bagi perjalanan yang berkenaan;

8.2 Tidak ada sebarang tuntutan boleh dibuat oleh peserta Mesyuarat sekiranya sesuatu Cawangan/Kawasan SBM itu   menyediakan   bas   secara   ”block   booking”   kecuali kuantitinya   tidak   dapat   ditampung    melalui kaedah berkenaan;

8.3 Peserta mesyuarat yang hanya akan hadir pada 1 Julai 2018 (Ahad) hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri.

8.4 Bagi ahli-ahli SBM Cawangan Sarawak dan ahli-ahli SBM Cawangan Sabah, sebanyak RM3,500.00 diperuntukan kepada setiap negeri bagi membiayai kos perjalanan seberapa ramai ahli biasa yang mencukupi dengan peruntukan tersebut dari kedua-dua negeri berkenaan; dan 

8.5 SBM   akan   menanggung   sepenuhnya   tambang   bagi mereka yang dinyatakan di Perenggan 8, Garis Panduan ini.

9. Kemudahan Penginapan

Kemudahan penginapan adalah dalam bentuk apartment 2 bilik berhawa dingin bagi dua (2) orang sebilik bertaraf 4 bintang di Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

10. Kemudahan Makanan

Kemudahan   makanan/minuman   akan   disediakan   sebanyak dua belas (12) kali sepanjang Mesyuarat diadakan seperti berikut:-

29 Jun 2018 (Jumaat) : kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
30 Jun 2018 (Sabu) : sarapan pagi, kudapan pagi, makan tengahari, kudapan petang, makan malam dan kudapan malam
1 Julai 2018 (Ahad) : sarapan pagi, kudapan pagi dan makan tengahari

11 Aturcara Mesyuarat

11.1 Aturcara rasmi akan bermula pada 29 Jun 2018, jam 8.30 malam dengan satu sesi Taklimat Khas. Aturcara penuh akan dimaklumkan kemudian;

11.2 Majlis  perasmian  Mesyuarat akan dilangsungkan pada 30 Jun 2018,  jam 9.00 pagi dijangka akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar  Perak atau VVIP yang lain ; dan

11.3 Semua   peserta   dikehendaki   berpakaian   kemas dan menjaga disiplin sepanjang Mesyuarat berlangsung.

11.4 Setiap peserta juga akan dibekalkan dengan tanda nama yang perlu dipakai sepanjang tempoh mesyuarat.  Terdapat tiga warna tanda nama yang membezakan antara ahli biasa, ahli bersekutu dan urusetia penganjur termasuk ahli Majlis Presiden.

12. Jawatankuasa Penganjur/Urusetia Mesyuarat

Jawatankuasa Penganjur / Urusetia Mesyuarat dianggotai oleh :-

1)        En. Mohd Mustaza Bin Mohammad Zin Pengerusi Penganjur
No. Tel : 019-2110111

2)        En. Rosham Bin Sidek Dokumentasi
No. Tel : 013-3322737  

3)        Mdm. Jasmine Khoo Kewangan
No. Tel : 019-3296610

4)        Pn. Nurfarahin Bt. Jaafar Pendaftaran / Penginapan
No. Tel : 017-2403593

5)        En. Maznan Bin Mohd Zain Keselamatan
No. Tel : 013-2160790

6)        Dr. Ahmad Shamsuri Bin Muhamad  Makanan dan  Majlis Perasmian
No. Tel : 012-2829575

7)        Pn. Rosnah Bt. Ahmad Penajaan dan Cabutan Bertuah
No. Tel : 012-2163354

8)        En. Muhammad Akmal Hafizudin Peralatan dan Logistik
No. Tel : 012-9259481

9. En. Idris Bin Hashim Penajaan, Perhubungan dan Siaraya
No. Tel : 019-5217055

10. En. Abdul Aziz Bin Yahya (Perak) Pengangkutan
No. Tel : 019-4955886

11. En. Muhamad Nor Bin Md Ali (Perak) Sukarelawan
No. Tel : 013-4274796

Disediakan oleh:  

 
(ROSHAM BIN SIDEK)
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) 

Tarikh : 21 Mac 2018

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
  (SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN EDISI KE-12
TAHUN 2018


Tarikh : 29 Jun – 1 Julai 2018

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang.

Tempat  : Tower Regency Hotel & Apartments
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-2086888


  AGENDA MESYUARAT

1. Pemanggilan mesyuarat.

2. Ucapan Presiden.

3. Pengesahan minit minit mesyuarat:

  3.1 Mesyuarat Agung Dwi Tahunan (Edisi Ke 11)
  pada 29 – 31 Julai 2016.

  3.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 10 Disember 2017.

4. Pembentangan laporan Dwi Tahunan 2016 - 2018.

5. Pembentangan Penyata Akaun dan Kunci Kira-kira Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016

6. Pembentangan Penyata Akaun dan Kunci Kira-kira Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017

7. Menerima usul dan ketetapan, jika ada.

8. Mencatat kehadiran.

9. Pemilihan ahli ahli Majlis Presiden bagi penggal 2018-2020:

  9.1 Seorang Presiden

  9.2 Seorang Timbalan Presiden

  9.3 Seorang Setiausaha Agung

  9.4 Seorang Bendahari

  9.5 Lapan orang Ahli Biasa Majlis Presiden

10. Melantik Juruaudit Luar bagi tempoh 2018 – 2020

11. Penangguhan mesyuarat.


Pengumuman Dari Cawangan/Kawasan SBM

    Pengumuman dari Zon Utara:

Pengumuman dari SBM Cawangan Pulau Pinang

1. lawatan jarak dekat

Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) SBM Cawangan Pulau
Pinang akan menganjurkan aktiviti lawatan jarak dekat ke Penang Escape Theme Park pada hari Sabtu, 7 April 2018. Yuran penyertaan sebanyak
RM30.00 seorang akan dikenakan kepada ahli yang ingin mengikuti lawatan ini. Sila ambil maklum bahawa penyertaan terhad kepada 40 orang ahli terawal sahaja. Bagi maksud pertanyaan dan tujuan pendaftaran, sila hubungi Encik Haszeemee Bin Abdul Hamid (Pengerusi JKKS) SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 013-4202535 atau pembantu tadbir Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

2. Pertandingan Memasak Peringkat Cawangan Pulau Pinang.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti (JPWK) SBM Cawangan Pulau Pinang akan menganjurkan pertandingan memasak bagi peringkat Cawangan pada hari Ahad, 8 April 2018 bertempat di premis Cawangan. Yuran penyertaan sebanyak RM5.00 seorang akan dikenakan. Sila ambil maklum bahawa penyertaan terhad kepada sepuluh orang ahli terawal sahaja. Menu pertandingan masakan ialah ayam masak merah, ayam masak kicap, sayur campuran dan agar-agar. Syarat utama pertandingan ialah setiap peserta diwajibkan untuk menyediakan menu masakan tersebut. Bagi maksud pertanyaan dan tujuan pendaftaran, sila hubungi Puan Kanibibi Binti Abdul Karim, Pengerusi JPWK SBM Cawangan Pulau Pinang di talian 017-4099740 atau
pembantu tadbir Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

3. Mesyuarat Agung Kebangsaan Dwi Tahunan SBM

Adalah dimaklumkan bahawa SBM akan mengadakan Mesyuarat Agung Kebangsaan Dwi Tahunannya bagi memilih barisan ahli Majlis Presiden dan Jawatankuasa pusat bagi penggal 2018-2020. Butirannya adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 29 Jun hingga 1 Julai 2018 (Jumaat hingga Ahad);
Lokasi: Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak Darul Ridzuan;


Yuran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM120.00 seorang. Kehadiran ahli Cawangan ke mesyuarat ini amatlah dialu-alukan selaras dengan tuntutan Perlembagaan SBM. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada hari Isnin, 15 Mei 2018. Bagi maksud pertanyaan lanjut serta pendaftaran, sila hubungi pejabat Cawangan di talian 04-3838437 pada waktu pejabat.

Pengumuman dari SBM Cawangan Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berikut adalah pengumuman daripada SBM cawangan Perak:

1. Pada 6 April 2018 jam 9 malam, jawatankuasa kesenian kebudayaan dan sosial akan mengadakan satu latihan kompang bertempat di tingkat 1, pejabat SBM cawangan Perak.

2. Pada 7 April 2018, Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi SBM cawangan Perak dengan kerjasama agency luar akan menjalankan satu kursus urut rawatan tulang belakang sesi keempat bertempat di tingkat 1, pejabat SBM cawangan Perak mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
 
3. Pada 13 hingga 15 april 2018, Jawatankuasa Pembangunan Sukan SBM Perak akan menganjurkan Karnival sukan dalaman bertempat di tingkat 1, bangunan sbm cawangan Perak. acara yang dipertandingkan ialah: ten pin bowling, pingpong, dart, dominos, congkak, dam, kumbang dan catur. setiap peserta tidak dibenarkan menyertai melebihi daripada 5 acara.

Ahli-ahli yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, sila hubungi En. Othman Saki di talian: 013-5309451 atau Kerani SBM Cawangan Perak di talian: 05-2533029 pada waktu pejabat.


    Pengumuman dari Zon Selatan:

Pengumuman dari SBM Kawasan Negeri Sembilan

inilah beberapa pengumuman dari sbm negeri sembilan

1. acara memancing akan diadakan pada 14hb april 2018 bertempat di kolam memancing mambau. dijemput ahli-ahli sbm negeri sembilan untuk mengambil bahagian. rm10.00 akan dikenakan untuk setiap peserta. rm5  akan dikenakan untuk menyewa joran. walaubagaimanapun pemilik kolam akan menyediakan lapan joran sahaja untuk desewa. peserta boleh membawa joran sendiri. untuk b  1 anda boleh membawa pengiring dan bayaran yang serupa dikenakan untuk pengiring.   untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi abdul hamid di talian 019-2035419 atau mathialagan di talian 013-6130057.

2. kepada ahli-ahli yang masih belum membayayar yuran sila jelaskan yuran anda secepat mungkin.

3. untuk lawatan jarak jauh ke padang besar, pendaftaran masih di buka. untuk maklumat lanjut sila hubungi abdul hamid seperti no telefon di atas.


    Pengumuman dari zon Tengah

Pengumuman dari SBM Cawangan KL/Selangor

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

1. Program Rekreasi Untuk Golongan Belia.

Jawatankuasa Pembangunan Belia SBM Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan program Rekrasi pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 5 Mei 2018 (Sabtu);
Lokasi: Kota Damansara;
Masa: 8:00 pagi;
Yuran penyertaan: RM10.00 seorang.

Program ini terbuka kepada semua ahli belia SBM. Untuk maksud pendaftaran, sila hubungi  pejabat SBM KL/Selangor di talian 03-22765276 pada waktu pejabat. Tarikh akhir pendaftaran dan membayaran  yuran ialah pada 27 April 2018 (Jumaat).

2. MESYUARAT AGUNG Kebangsaan DWI TAHUNAN SBM 2018 (EDISI KE-12)

Mesyuarat Agung Kebangsaan DWI Tahunan SBM 2018 Edisi Ke-12 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 29 Jun – 1 Julai 2018 (Jumaat – Ahad);
Lokasi: Tower Regency Hotel & Apartments, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Greentown, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli biasa dan ahli bersekutu: RM120.00;
Bukan ahli, anak-anak dan pengiring: RM250.00;
Ahli Jawatankuasa Cawangan SBM: RM60.00.

Sehubungan dengan itu, kepada semua ahli SBM Cawangan KL/Selangor yang berhasrat untuk menyertai mesyuarat tersebut, anda dikehendaki mendaftar dengan pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian 03-22765276 pada waktu pejabat.  Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran adalah pada 18 Mei  2018 (Jumaat). Semasa pendaftaran, sila maklumkan nama teman sebilik anda masing-masing. 1 bilik untuk 2 orang.

Sejajar dengan Peraturan 8.8 Perlembagaan SBM, mana-mana ahli yang ingin mengemukakan sebarang usul untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan berkenaan, hendaklah menghantar usul mereka secara bertulis kepada Setiausaha Agung SBM tidak lewat dari 25 Mei 2018.

Pembetulan Pengumuman Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan KL/Selangor 2018.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Sosial (JKKS) Cawangan KL/Selangor akan menganjurkan Pertandingan Bakat Seni Suara SBM Peringkat Cawangan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 22 April 2018 (Ahad)
Masa: 2:00 – 6:00  Petang.
Lokasi: Dewan Kompleks MAB
Yuran Penyertaan: RM15.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 15 orang peserta sahaja.
  Kepada mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, Sila berdaftar  dengan En. Muhammad Adha Bin Shamsuri di pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian 2276 5276pada waktu pejabat.
Sila maklumkan tajuk lagu.

Tarikh tutup pendaftaran  pada 4 April  2018 Rabu. Penyertaan dianggap  sah setelah selesai menjelaskan yuran penyertaan.

Pemenang tempat pertama akan mewakili SBM KL/Selangor ke pertandingan Bakat Seni Suara SBM  peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 20 Oktober 2018.

Lawatan Jarak Jauh Ke Terengganu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan KL/Selangor,   akan menganjurkan  lawatan jarak jauh ke Terengganu pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 11 – 13 Mei 2018 (Jumaat – Ahad)
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Ahli dan anak ahli bawah 12 tahun RM120.00 seorang.
Bukan ahli dan anak ahli 13 tahun ke atas  RM200.00 seorang.
Penyertaan terhad kepada 35 orang sahaja. Bagi maksud pendaftaran dan pembayaran sila hubungi  pejabat SBM Cawangan KL/Selangor di talian seperti yang tertatat  di atas.
Tarikh tutup pendaftaran dan pembayaran pada 27 April 2018 Jumaat. Penyertaan dianggap sah setelah urusan penjelasan segala yuran penyertaan diselesaikan.


      Pengumuman dari Pantai Timur

Pengumuman dari SBM Cawangan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2018.

Seperti yang anda sedia maklum setiap dua tahun Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Makaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi memilih kepimpinan baru yang bakal menerajui pertubuhan ini untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh: 29, 30 Jun dan 1 Julai 2018;
Tempat: Tower Regency Hotel And Apartment Ipoh Perak.
Yuran Pendaftaran: RM120 untuk ahli biasa dan ahli bersekutu.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Mei 2018.

Saya selaku Pengerusi SBM, Cawangan Pahang amat mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin Ahli-ahli Sbm Cawangan Pahang ke mesyuarat ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Cik Radziah, pembantu tadbir di talian 09-296 4197 pada waktu pejabat.


     Pengumuman Dari Sabah dan Sarawak

Pengumuman Dari SBM Kawasan Sabah

Tiada Pengumuman.


Iklan

Hebahan Judul Baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia Negaraku,

Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan judul-judul baru bagi Koleksi Buku Braille dalam Bahasa Melayu dan ditempatkan di Sudut Maklumat OKU aras bawah berhadapan di Perpustakaan Kanak-Kanak. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:
1. 10 Tips Mudah berucap di Khalayak Ramai  "tingkatkan keyakinan dan hapuskan fobia berucap"
2. Halal dan haram dalam sedekah
3. Bimbingan Ibadah Puasa
4. Adab Haji, Umrah Ziarah
Sehubungan itu, semua warga OKU penglihatan dialu-alukan untuk merujuk buku-buku baru ini di Sudut Maklumat OKU yang bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Waktu Perkhidmatan kami adalah dari Selasa hingga Jumaat jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang; waktu yang sama pada Sabtu kedua setiap bulan; Sabtu sempena Program Singgah Santai@PNM, #relakslahdulu;
perkhidmatan ditutup pada Sabtu lain, Ahad, Isnin dan Cuti Umum.

En. Lai Sow Woon
Penolong Pengarah
Bahagian Sumber Elektronik
Perkhidmatan
Pusat Hipermedia Dewasa (PHD), Zon Siber (ZS) dan OKU
Tel:  03-2687 1891
Kaunter (PHD): 03-2687 1783
Kaunter (OKU): 03-2687 1867.

Sekian, terima kasih.

0 ulasan:





Arkit blog