Jumaat, April 06, 2018

Teley MAB 2 April.

Tele MAB no. 730
Selasa, 3hb April 2018
No. tel.: 03-22722687

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terdapat 4 pengumuman baharu,

1.    Insurans Prudential bagi kemalangan peribadi.

Mereka yang berminat untuk mendaftarkan diri bagi Insurans Pru-Kasih boleh menghadiri program pada hari Ahad, 8hb April dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bersama makan tengah hari. Bertempat di SRJK Yuk Chai, Jalan SS24/19, Taman Mayang, PJ. Anda mesti pergi sendiri ke sana. Sila berdaftar dengan En. Subra, berikan nama, no. IC dan no. telefon. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 019-3849941.

2.    Berkebun dan fotografi.

Jika anda suka berkebun atau fotografi atau anda mahu membangunkannya sebagai salah satu hobi, anda masih boleh menyertai kelab berkebun atau fotografi. Sila berdaftar dengan En. Subra, berikan nama dan no. telefon anda. Sesi fotografi seterusnya adalah pada hari Sabtu, 7hb April, 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa, Blok B, Kompleks MAB.

3.    Bantuan pintar AXA bagi OKU Penglihatan.

Insurans Am AXA Affin dengan kerjasama MAB sedang melancarkan Bantuan Pintar AXA bagi OKU Penglihatan. Pelan maklumat adalah di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Anda boleh kutip CD tersebut di Kaunter Penyambut Tetamu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan AXA Affin di 03-21708282.

4.    Peluang perniagaan dan uji bakat.

SBM KL/Selangor sedang menganjurkan program peluang perniagaan pada hari Sabtu, 21hb April dari 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di Pusat Aktiviti Wisma SBM. Para jurucakap terdiri daripada para pegawai JKM dan Jabatan Tenaga Kerja. Yuran sebanyak RM5.00. Uji bakat SBM KL/Selangor ialah pada hari Ahad, 22hb April di Dewan MAB dari 2.00 petang hingga 6.00 petang. Yuran sebanyak RM5.00. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat tersebut di 03-22765276.

Terima kasih,

Ikhlas,
En. Godfrey Ooi
Cik. Roslina Mohamed.

Tele MAB no. 730
Tuesday, 3rd April 2018
Tel. no.: 03-22722687

Hello friends,

There are 4 new announcements,

1.    Prudential Insurance for personal accident.

Those interested in signing up for Pru-Kasih Insurance can attend the program on Sunday, 8th April from 10.00 am to 12.00 noon with the lunch. The venue is SRJK Yuk Chai, Jalan SS24/19, Taman Mayang, PJ. You have to make your own way there. Please register with Mr. Subra, giving your name, IC no. and contact no. For more info, you can call 019-3849941.

2.    Gardening and photography.

If you like gardening or photography or you want to develop either as a hobby, you can still join the gardening or photography club. Please register with Mr. Subra, giving your name and contact no. The next photography session is on Saturday, 7th April, 9.30 am at The Committee Meeting Room, Block B, Kompleks MAB.

3.    AXA Smart Aid for the blind.

AXA Affin General Insurance in collaboration with MAB is launching the AXA Smart Aid for the blind. The information plan is on CD in English and Malay. You can collect the CD from the reception counter. For more info, please call The AXA Affin Customer Service at 03-21708282.

4.    Business opportunity and talentime.

SBM KL/Selangor is holding the business opportunity program on Saturday, 21st April at 9.30 am to 12.00 noon at The Wisma SBM Activity Centre. The speakers are from The JKM and Human Resource Department. The fee is RM5.00. The SBM KL/Selangor Talentime is on Sunday, 22nd April at The MAB Hall from 2.00 pm to 6.00 pm. The fee is RM5.00. For more info, please call the office at 03-22765276.

Thank you,

Regards,
Mr. Godfrey Ooi
Ms. Roslina Mohamed.

0 ulasan:





Arkit blog